Salam semua. Kali ini saya nak menyampaikan khasiat durian belanda. Masih ramai yang tidak tahu akan kelebihannya terutama dalam rawatan atasi kanser.Yang saya terkejut, ia mempunyai kekuatan 10,000 kali ganda rawatan kanser kemotherapi.
Ramai yang tidak tahu batang, akar, biji dan buah durian belanda (annona muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.
Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.
Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis. Begitu juga, suku Orang Asli di Guyana membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati.
Mereka juga mendapatkan minyak daripada daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.
Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-birit.
Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit
jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan
yang sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria
dan ulser perut.
Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyana
digalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan
pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.
Dari segi perubatan moden, kajian kedua-dua universiti mendapati, bahan
yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai
aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf.
Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor /
kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan
segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi
sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis
parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress,
dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
Bacaan selanjutnya : http://miorbiz.com/khasiat-durian-belanda-kekuatan-1000-kali-ganda-kemotherapi-rawatan-kanser/
No comments:
Post a Comment