Kajian ke atas daun kari telah menunjukkan bahawa tumbuhan ini merupakan sumber karbohidrat,protein,asid amino ,alkloid serta zat galian seperti kalsium,fosforus & zat besi.Ia juga mengandungi lemak,serat,serta vitamin A,B & C.
Daun,kulit pokok & akar tumbuhan ini direbus untuk kegunaan sebagai tonik bagi melawaskan fungsi-fungsi di bahagian perut,
menghilangkan rasa senak akibat angin di dalam usus serta bertindak sebagai julap.
Air rebusan kulit pokok daun kari jika diminum akan meninggalkan kesan yang menyejukkan & berkesan untuk menurunkan suhu badan.Ia juga berupaya untuk menghilangkan rasa kebas ,menyembuhkan penyakit buasir serta memulihkan gangguan pengaliran darah.
Campurkan satu sudu kecil jus daun kari dengan jus limau nipis & gula untuk mengatasi rasa loya atau muntah yang sering dialami oleh wanita mengandung pada setiap pagi & juga yang disebabkan ketidakhadaman makanan serta pengambilan lemak yang berlebihan.
Pucuk daun kari yang dicampur dengan madu,berkesan untuk meredakan cirit-birit & juga buasir. Amalan mengambil sepuluh helai daun kari tua pada setiap pagi selama tiga bulan,dikatakan boleh menghalang diabetes yang diwarisi secara keturunan.
Amalan mengambil daun kari juga mampu menghalang uban.Ia juga boleh dimasak dengan minyak kelapa sehingga garing untuk tujuan melebat serta menguatkan rambut.Daun kari juga boleh ditumbuk atau diramas & disapu ke bahagian yang berkenaan untuk menghilangkan bengkak,
kesan-kesan lebam & juga luka.Buah pokok daun kari boleh dimakan.Manakala jus daun kari yang dicampur dengan jus limau nipis dapat meredakan kesakitan akibat sengatan atau gigitan serangga yang berbisa.
selanjutnya:http://khazanahalamkita.blogspot.com/2011/11/kandungan-daun-kari.html
:buku tumbuhan herba sumber perubatan tradisional
Mengumpulkan Pelbagai Artikel Dari Sumber-Sumber Yang Terdapat Di Internet Berkaitan Khasiat Alam & Amalan Semulajadi Yang Memberi Manfaat Kepada Kehidupan Seharian
Showing posts with label Diabetes. Show all posts
Showing posts with label Diabetes. Show all posts
Sunday, 19 May 2013
Friday, 17 May 2013
Murah & Berkhasiat :Sayur Salad
Daun salad mengandungi 93.4% air, 2.1% protein,0.3% lemak, 1.2% galian,0.5% serabut & 2.5% karbohidrat. Salad juga boleh mencapai ketinggian dari 30-100sm. bagi salad yang berwarna putih atau sedikit hijau,ia mempunyai kandungan besi,kalsium,beta karotena ,vitamin B1, B2 & vitamin C. Salad banyak digunakan sebagai sayur.Ia dimakan mentah ,digoreng,dicelur & dicampurkan ke dalam lauk yang lain.Dari segi perubatan ,salad juga mengandungi kelebihannya tersendiri.
Selain dimakan mentah,salad boleh direbus untuk dijadikan tonik atau penawar untuk mengeluarkan angin didalam perut & usus.Dengan memakan salad ,anda juga dapat mengurangkan rasa kehausan.Salad amat bagus terutamanya kepada otak,sistem saraf & paru-paru. Jus salad mentah jika diminum,boleh menyejuk & menyegarkan badan. Kandungan magnesium yang tinggi di dalam jus tersebut mempunyai kuasa istimewa untuk memberi tenaga kepada tisu otot,saraf & otak. Apabila membuat jus dari salad adalah lebih baik anda gunakan daun berwarna hijau tua.Daun putih di bahagian dalam,perlu dipisahkan kerana ia kurang klorofil & kurang kandungan khasiat.
Bagi penyakit sembelit,pilihlah salad sebagai penawar.Ini kerana salad dapat melawaskan proses pembuangan air besar. Anda boleh memakan salad untuk mengubati penyakit diabetes kerana ia kurang mengandungi karbohidrat. Oleh itu,anda bebas memakan sayur yang mengandungi kandungan karbohidrat yang kurang dari 3%.
Kandungan besi di dalam salad juga dapat membekalkan bahan ini terutamanya kepada mereka yang menghidap anemia. Zat besi dari sayur ini dapat diserap dengan mudah oleh tubuh badan jika dibandingkan dengan zat besi yang diperolehi daripada bahan bukan organik yang lain.
Memakan salad mentah ketika mengandung & menyusukan bayi adalah amat berkhasiat kepada wanita. Ini kerana salad mengandungi asid folik yang dapat menghalang anemia ketika mengandung.Selain Itu ,Ia juga dapat merangsang penghasilan susu badan. Minyak daripada biji salad pula dapat mengatasi masalah hati ,melawaskan pembuangan air kecil,merawat sakit pinggang ,bisul,luka & buasir.
rujukan.: http://zieramokhtar.blogspot.com/2010/12/khasiat-sayur-sayuran.html,
:buku Tumbuhan Herba sumber perubatan tradisional.

Saturday, 17 November 2012
Saturday, 30 June 2012
Rahsia Bawang Putih
- Kelebihan bawang putih untuk mengawal tekanan darah, kencing manis, ulser dan cirit birit
Percaya tak bawang putih yang kita sering buat bahan tumisan tu mempunyai pelbagai khasiat semulajadi. Bukan sekadar merawat sakit-sakit biasa, malah penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, ulser, cirit birit dan sebagainya. Berikut adalah penerangan mengenai bawang putih dan bagaimana ia bertindak sebagai penawar untuk merawat pelbagai jenis penyakit.
- Bawang Putih dalam rawatan Tekanan Darah
- Bawang putih dalam rawatan Diabetis @ kencing manis
figure:Diabetes Mellitus |
Bawang putih yang mengandungi vitamin C adalah baik dan berupaya untuk merawat masalah ulser. Beberapa orang penyelidik telah menunjukkan bahawa vitamin C adalah baik untuk kes-kes ulser. Kekurangan vitamin C akan menyebabkan ulser perut dan duodenum.
- Bawang Putih dalam rawatan Cirit Birit
sumber: http://miorbiz.com/khasiat-durian-belanda-kekuatan-1000-kali-ganda-kemotherapi-rawatan-kanser/
Subscribe to:
Posts (Atom)