PETUA WANITA
Petua menegangkan payudara
Untuk menegangkan lagi payudara, layurkan daun sirih yang telah disapu
dengan minyak zaitun di atas api yang sederhana atau menggunakan lilin.
Apabila daun telah terasa suam atau agak layu, tekapkan daun sirih
tersebut pada payudara anda dan biarkan seketika. Lakukan dua atau tiga kali seminggu.
Payudara yang kendur kembali tegang selepas anda mengamalkan petua ini.
Petua untuk keputihan Mandi dan basuh bahagian intim anda
dengan air rebusan sirih selama tujuh hari untuk menghilangkan rasa
gatal, membersihkan vagina, dan menghilangkan keputihan. Amalan memakan
sirih setiap hari juga boleh menghilangkan masalah keputihan.
Petua mengurangkan air pada bahagian intim
Ambil pucuk dan buah manjakani, hati pinang muda, ditumbuk lumat-lumat,
dan gaulkan dengan minyak bijan. Kemudian kukuskan. Ramuan tersebut
hendaklah dimakan ketika tengah malam, ia dipercayai dapat mengurangkan
air pada bahagian intim. Nescaya lebih nikmat malam anda.
Petua untuk masalah haid
Masalah haid yang tidak teratur, aliran haid yang banyak, dan lain-lain
merupakan masalah haid yang dialami oleh wanita. Masalah haid ini boleh
membantutkan kehidupan seharian sesetengan wanita. Bagi wanita yang
bakal melangsungkan perkahwinan dan mempunyai masalah haid, amalkan
minum air teh dengan dicampurkan sedikit kapur sirih. Amalkan dua hingga
tiga hari dalam seminggu. InsyaAllah masalah haid akan berkurangan.
Petua mengatasi ketiak hitam Air kapur sirih dan limau
nipis dicampurkan serta digosokkan pada ketiak selepas mandi. Amalkan
selama tujuh hari dan ketiak akan menjadi cerah serta kurang berbau.
Petua mengatasi perut buncit
Rendamkan kapur sirih ke dalam air yang telah
dimasak dan kacau sehingga sebati. Ambil mendapan air tersebut dan
campurkannya dengan air perahan sebiji limau nipis. Amalkan minum waktu
pagi selepas bangun dari tidur selama dua minggu berturut-turut. Perut
yang buncit akan kembali nipis.
PETUA LELAKI
Petua nikmat kepada isteri.
Bagi kaum lelaki yang ingin kelihatan bertenaga pada malam pertama anda,
cuba amalkan petua ini. Ambil terung perak, bunga lawang, kulit kayu
manis, kulit delima, air bawang merah, halia padi, lada sulah tujuh
biji, sireh bertemu urat, dan minyak bijan. Kemudian, tumbuk sehingga
lumat dan simpan di dalam bekas yang bertutup. Apabila hendak
bersetubuh, sapukan pada bahagian intim anda, maka isteri akan nikmat.
Mungkin ia adalah malam yang tidak akan anda lupakan.
Petua menguatkan alat kelamin
Masukkan kunyit, kapur sireh, opium sebesar kacang hijau, dan pati
santan kelapa ke dalam mangkuk dan gaulkan sebati. Minum sebelum anda
bersetubuh. Bahagian intim lelaki akan bertambah kuat dan
memperbanyakkan air mani. Jadikannya sebagai amalan supaya anda dan
isteri mencapai kepuasan yang diinginkan.
info lanjut:
http://bakalpengantin.com/petua-panduan/petua-perkahwinan/petua-penting-untuk-bakal-pengantin-baru/