Friday 20 May 2016

Uniknya si BAWANG PUTIH untuk KURUS & SIHAT

Ada dikalangan kita yang tak suka jika terhidu bau atau termakan bawang putih.Sebenarnya ,bawang putih juga antara bahan penting dalam masakan kerana ia menjadikan sesuatu makanan itu bertambah sedap.Contoh makanan seperti 'Garlic Bread',memberi rasa yang unik pada roti tersebut apatah lagi dimakan bersama sup cendawan.Bawang putih yang dihiris nipis & digoreng bersama kekaacang.menjadikan rasa kacang itu lebih sedap.

Bawang putih juga memiliki kebaikan tersendiri kepada tubuh badan Khasiat bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah.Inantaranya khasiat bawang putih yang perlu kita tahu:

1. Antibakteria 
Bawang putih terkenal dengan sifat antibakteria dan antivital. Ia membantu kawal jangkitan bakteria, wabak penyakit berjangkit, kulat dan jangkitan cacing. Bawang putih segar dipercayai boleh membantu mengelakkan keracunan makanan dengan membunuh bakteria seperti E. coli dan Salmonella enteritidis.


2. Kurangkan Berat Badan
Banyak kajian mendapati obesiti juga adalah salah satu radang peringkat rendah untuk jangka masa yang lama. Menurut kajian juga, bawang putih boleh bantu kawal penghasilan sel lemak dalam badan. Pre-adipocytesditukar ke sel lemak melalui sistem radang. Ciri-ciri anti radang di dapati dalam bawang putih boleh bantu elak pertukaran ini. Ia mungkin boleh elak penambahan berat badan.


3. Untuk merawat jangkitan kulit. 
Bahan kimia yang terdapat dalam bawang putih mampu rawat jangkitan pada kulit seperti ringworm


4. Mencairkan darah
Ciri-ciri anti-gumpalan pada bahan kimia dalam bawang putih bantu elak terhasilnya gumpalan darah dalam badan. Namun begitu, ia boleh menyebabkan risiko pendarahan ketika pembedahan.


5. Mengurangkan tekanan darah.
Angiotensin II adalah sejenis protein yang bantu saluran darah mengembang dan meningkatkan tekanan darah. Allicin, bahan kimia dalam bawang putih bantu elak angiotensin II berfungsi dan bantu rendahkan tekanan darah.Polysulphides, bahan kimia yang ada dalam bawang putih ditukarkan kepada bentuk gas dipanggil hydrogen sulphide oleh sel darah merah.Hydrogen sulphide membesarkan saluran darah dan bantu kawal tekanan darah.


6. Merendahkan paras kolestrol
Bawang putih boleh merendahkan paras triglycerides darah dan kolestroldan kurangkan pembentukan plak arteri


7. Melawan alergi
Bawang putih dikenali dengan ciri-ciri anti radang. Ia membantu badanmelawan alergi. Ciri-ciri ini adalah terhasil dari diallyl sulphide danthiacremonone. Bawang putih didapati boleh meningkatkan keberkesanan kepada radang alergy rhinitis. Jus Bawang putih mentah boleh digunakan untuk menghilangkan kegatalan pada ruam atau gigitan serangga.





info menarik : 




No comments:

Post a Comment