Tubuh mendapat bekalan tenaga daripada makanan karbohidrat seperti
roti, nasi, bubur dan kuih-muih. Karbohidrat bertukar menjadi glukos
yang disimpan di dalam hati dan otot-otot dalam bentuk glikogen.
Selain itu, tubuh juga mendapat sumber tenaga daripada pemecahan
protein badan yang membentuk glokus melalui proses glukoneogenesis.
Bagaimanapun proses ini berlaku apabila simpanan karbohidrat habis
digunakan oleh tubuh.
Jadi untuk mengelakkan rasa lapar, letih dan tidak bertenaga semasa
berpuasa, anda perlu memaksimumkan simpanan glikogen. Caranya ialah
dengan melewatkan sahur, kerana glukos daripada sumber karbohidrat yang
dimakan pada waktu sahur akan tahan lebih lama.
Ketika bersahur, ambil makanan yang lambat dihadam seperti nasi,
capati, roti jagung, oat, bijirin, roti mil, sayur-sayuran dan
buah-buahan. Makanan-makanan ini mengandungi karbohidrat kompleks dan
serat yang akan berada lama dalam perut dan melambatkan rasa lapar.
Apabila berbuka pula, lebihkan makanan yang cepat dihadam seperti
roti putih, kuih-muih, jus buah-buahan, sup dan bubur. Makanan-makanan
ini mengandungi gula dan refined karbohidrat yang cepat dihadam. Kurma
adalah contoh terbaik kerana ia mengandungi gula, serat, karbohidrat
serta zat galian yang baik untuk kesihatan.
Ia dapat membekalkan sumber tenaga segera. yang diperlukan oleh tisu
dan sel dalam tubuh bagi menggantikan bekalan yang digunakan pada siang
hari.
Makanan bergoreng atau berlemak boleh menyebabkan ketidakhadaman, seterusnya mengalami pedih hulu hati. Jadi kurangkannya.
Makanan yang terlalu manis pula tidak dapat disimpan lama kerana
dihadam terlalu cepat. Jadi jika makan makanan sebegini, tidak hairanlah
seseorang cepat terasa letih.
Makanan berempah dan terlalu pedas juga tidak begitu baik dalam
suasana puasa kerana akan merangsang pengeluaran terlalu banyak asid
gastrik. Mereka yang mempunyai masalah gastrik elokkan mengelak makanan
sebegini.
Sama ada berbuka atau bersahur, makanlah secara sederhana, seimbang dan berkhasiat.
Untuk menghilangkan dahaga pula, elakkan yang berkafein dan air
berkarbonat kerana minuman-minuman ini menyebabkan anda lebih kerap
membuang air, dan mempercepatkan kehilangan cecair.
Sebaiknya, minum jus buah-buahan yang lebih berkhasiat, susu atau air
kosong. Pastikan anda minum banyak air semasa selepas berbuka dan
bersahur agar bekalan cecair di dalam tubuh mencukupi.
Selamat Berpuasa!
Info Menarik Mengenai Resipi/Khasiat Semulajadi :
http://www.sajionline.my/index.php/info-makanan/951-bagaimana-kekal-cergas-bertenaga-di-bulan-ramadan.html
Mengumpulkan Pelbagai Artikel Dari Sumber-Sumber Yang Terdapat Di Internet Berkaitan Khasiat Alam & Amalan Semulajadi Yang Memberi Manfaat Kepada Kehidupan Seharian
Showing posts with label Elak Gastrik. Show all posts
Showing posts with label Elak Gastrik. Show all posts
Wednesday, 25 July 2012
Saturday, 30 June 2012
Khasiat Kekacang
Kekacang dan legum diambil sebagai sumber protein menggantikan
daging. Ia juga membantu menstabilkan paras glukos dalam darah,
menyeimbangkan tindak balas elektrolit dalam tubuh dan meningkatkan
kadar metabolisme serta fungsi tubuh dan otak.
Merujuk fahaman orang Timur, kesemua fungsi ini dikawal oleh buah pinggang dan kelenjar adrenal. Kerana itu kekacang dan legum juga dikelaskan sebagai makanan penyokong buah pinggang. Untuk mengoptimumkan pengambilan khasiatnya, kekacang seeloknya dimasak dengan minyak atau diambil bersama makanan berasaskan minyak. Misalnya, orang Arab memasak kacang kuda menjadi hummus (dicampur minyak zaitun), orang Jepun masak dengan rumpai laut dan minyak rumpai laut manakala orang Mexico memasak bersama minyak dan cili.
Mengandungi asid amino dan sumber protein terbaik. Kacang soya seeloknya dijadikan minuman atau dimasak ketika pucuknya tumbuh seperti tauge. Untuk memasak kacang soya, rendam selama enam hingga lapan jam. Kemudian rebus dalam air yang ditapis. Kacang soya tidak boleh dimakan mentah kerana ia keras dan mungkin mengandungi toksik.
Fungsi: Mengekalkan kesihatan pankreas dan hempedu, meningkatkan perjalanan darah dan penglihatan, meningkatkan kuantiti susu badan, menyingkirkan toksin dan keracunan makanan, bertindak sebagai diuretik, mengelak loya dan masalah kulit serta sembelit.
Kacang soya hitam
Fungsi: Melindungi limpa dan pankreas, menggalakkan perjalanan darah, menyeimbangkan paras elektrolit dalam badan, mengelak masalah batu karang, bertindak sebagai diuretik, melegakan radang, menggalakkan metabolisme, mengurangkan masalah sakit belakang, mengelakkan osteoporosis, sakit di lutut, kejang dan juga radang pada saluran kencing.
Kacang hijau
Asal dari Pakistan, kini boleh didapati di kebanyakan negara Asia Tenggara. Mengandungi karbohidrat, fiber, protein, vitamin dan mineral terhidrat.
Fungsi: Meneutralkan toksin dalam tubuh, menyeimbang kesihatan hati dan hempedu; mengurangkan radang, melegakan jangkitan salur kencing, mengurangkan pengumpulan air, tekanan darah tinggi, asid gastrik dan masalah jantung serta darah.
Dhal
Mengandungi 26 peratus protein.
Fungsi: Meningkatkan metabolisme buah pinggang, menyuburkan perjalanan darah ke jantung dan mengekalkan fungsi otot serta kepadatan tulang.
Kacang kuda
Sumber terbaik zink, folat, protein, fiber, karbohidrat dan rendah lemak.
Fungsi: Mengekalkan kesihatan pankreas, usus kecil dan jantung; menyeimbangkan sistem hormon tubuh.
info lanjut: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0516&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_03.htm

Kacang soya

Subscribe to:
Posts (Atom)