Tubuh mendapat bekalan tenaga daripada makanan karbohidrat seperti
roti, nasi, bubur dan kuih-muih. Karbohidrat bertukar menjadi glukos
yang disimpan di dalam hati dan otot-otot dalam bentuk glikogen.
Selain itu, tubuh juga mendapat sumber tenaga daripada pemecahan
protein badan yang membentuk glokus melalui proses glukoneogenesis.
Bagaimanapun proses ini berlaku apabila simpanan karbohidrat habis
digunakan oleh tubuh.
Jadi untuk mengelakkan rasa lapar, letih dan tidak bertenaga semasa
berpuasa, anda perlu memaksimumkan simpanan glikogen. Caranya ialah
dengan melewatkan sahur, kerana glukos daripada sumber karbohidrat yang
dimakan pada waktu sahur akan tahan lebih lama.
Ketika bersahur, ambil makanan yang lambat dihadam seperti nasi,
capati, roti jagung, oat, bijirin, roti mil, sayur-sayuran dan
buah-buahan. Makanan-makanan ini mengandungi karbohidrat kompleks dan
serat yang akan berada lama dalam perut dan melambatkan rasa lapar.
Apabila berbuka pula, lebihkan makanan yang cepat dihadam seperti
roti putih, kuih-muih, jus buah-buahan, sup dan bubur. Makanan-makanan
ini mengandungi gula dan refined karbohidrat yang cepat dihadam. Kurma
adalah contoh terbaik kerana ia mengandungi gula, serat, karbohidrat
serta zat galian yang baik untuk kesihatan.
Ia dapat membekalkan sumber tenaga segera. yang diperlukan oleh tisu
dan sel dalam tubuh bagi menggantikan bekalan yang digunakan pada siang
hari.
Makanan bergoreng atau berlemak boleh menyebabkan ketidakhadaman, seterusnya mengalami pedih hulu hati. Jadi kurangkannya.
Makanan yang terlalu manis pula tidak dapat disimpan lama kerana
dihadam terlalu cepat. Jadi jika makan makanan sebegini, tidak hairanlah
seseorang cepat terasa letih.
Makanan berempah dan terlalu pedas juga tidak begitu baik dalam
suasana puasa kerana akan merangsang pengeluaran terlalu banyak asid
gastrik. Mereka yang mempunyai masalah gastrik elokkan mengelak makanan
sebegini.
Sama ada berbuka atau bersahur, makanlah secara sederhana, seimbang dan berkhasiat.
Untuk menghilangkan dahaga pula, elakkan yang berkafein dan air
berkarbonat kerana minuman-minuman ini menyebabkan anda lebih kerap
membuang air, dan mempercepatkan kehilangan cecair.
Sebaiknya, minum jus buah-buahan yang lebih berkhasiat, susu atau air
kosong. Pastikan anda minum banyak air semasa selepas berbuka dan
bersahur agar bekalan cecair di dalam tubuh mencukupi.
Selamat Berpuasa!
Info Menarik Mengenai Resipi/Khasiat Semulajadi :
http://www.sajionline.my/index.php/info-makanan/951-bagaimana-kekal-cergas-bertenaga-di-bulan-ramadan.html
No comments:
Post a Comment