Air kelapa: la amat mujarab untuk mengubati pelbagai penyakit dan melegakan kesan-kesan
mabuk akibat keracunan makanan seperti cendawan, udang, ketam dan jering.
Tanda-tanda
seperti muntah, pening, cirit-birit, sakit perut, badan lemah dan gatal-gatal
atau ditumbuhi bintik-bintik merah kerap berlaku akibat keracunan makanan.
Kaedah paling mujarab untuk mengubati kesan-kesan mabuk itu ialah dengan
meminum
segelas air kelapa muda.
Untuk keracunan cendawan, air
kelapa muda hendaklah dicampur dengan
satu sudu makan madu asli.
Air
kelapa juga berkesan untuk mengubati demam
campak, demam kuning dan demam panas.
Bagaimanapun, untuk demam panas, ia
hendaklah dicampur dengan jus
limau nipis. Air kelapa boleh menghitamkan
rambut yang perang. Rambut
disiram dengan air kelapa muda kemudian dibungkus
dengan tuala. Biarkan untuk
setengah jam sebelum
dibilas
dengan air bersih.
Penggunaan
air kelapa muda sebagai bahan awet muda berkesan untuk menyegarkan kulit muka yang
kering, memelihara kesegaran kulit muka serta menghilangkan parut dan kesan
jerawat. Muka dicuci dengan air kelapa
kemudian dibiarkan kering dengan sendirinya sebelum dibilas dengan air bersih.
Santan:
Ia baik
untuk menjaga kesihatan rambut. Santan
melebat, menghitam, melembut dan menyegarkan rambut yang kering.
Pati santan yang diperah daripada kelapa tua dilumur pada rambut dan kulit
kepala. Rambut kemudiannya dibungkus
dengan tuala dan dibiarkan selama sejam sebelum dicuci dengan syampu.
Kaedah
yang sama juga berkesan untuk meluruskan rambut yang keriting tetapi pati
santan hendaklah dicampur dengan jus lmau nipis kemudian dimasukkan ke dalam
peti sejuk hingga permukaannya berkepala seperti krim. Krim itulah yang
dilumurkan ke rambut.
Untuk
mengelakkan rambut beruban, santan pekat yang diperah daripada kelapa tua
dididih hingga keluar minyak. Campur
dengan sedikit halba. Kemudian sapu
ke rambut dan kulit kepala.
Minyak
kelapa: la disapu ke ketiak untuk mengelakkan ketiak daripada berbau busuk.
Bagi mengatasi masalah leher dimakan air vang kerap berlaku di kalangan bayi,
sapukan minyak kelapa di bahagian tersebut atau mana-mana bahagian lipatan yang
dimakan air sebelum disapu bedak.
Luka
akibat terkena pisau juga boleh diubati dengan menggunakan minyak kelapa.
Ambil dua ulas bawang merah, tumbuk hingga halus kemudian campur dengan
minyak kelapa sebelurn dipanaskan di atas api.
Tampal pada luka dan balut dengan kain.
Isi
kelapa: Kelapa diparut kemudian disapu ke bahagian yang tersiram minyak
panas bagi meredakan kesakitan. la juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah
kulit kepala berkeruping. Isi kelapa
dibakar hangus kemudian ditumbuk hingga halus.
Campur dengan sedikit minyak masak kemudian sapu ke bahagian yang
berkeruping.
Mumbang
atau putik kelapa: la digunakan bagi meredakan masalah berhingus di kalangan
bayi. Kunyah bahagian lembut
kemudian tampal ke ubun-ubun bayi. Bisa
tulang juga boleh diubati dengan menggunakan mumbang. la ditumbuk halus kemudian
ditampal ke bahagian yang sakit. Amalkan
tiga kali sehari.
Info Lanjut: http://www.angelfire.com/ar2/aqifhaikal/kelapa.htm
Info Lanjut: http://www.angelfire.com/ar2/aqifhaikal/kelapa.htm