Keseluruhan daun ,akar & bunga lidah buaya yang segar adalah baik untuk kesihatan.Cecair & lendir yang berada di dalam daunnya dipercayai boleh menyuburkan rambut yang mana ia dilumurkan pada rambut & kemudian dibalut dengan tuala basah.Lakukan selama dua bulan berturut-turut sewaktu hendak tidur.
Lidah Buaya turut berkesan untuk menghilangkan panau dengan cara potong bahagian hujung daun untuk mengeluarkan lendir & sapukannya pada bahagian muka ynag berpanau.Biarkan ia kering seketika ,& bersihkan dengan air bersih,Lakukan 2x sehari sehingga bekas panau hilang.
Bagi wanita hamil,ditegah untuk mengambil jus Aloe Vera kerana ia boleh mengganggu kesihatan pada kandungan.
Kegunaan Lidah Buaya yang selanjutnya:
- Lendir Lidah Buaya dapat melentikkan bulu mata jika disapu ke atasnya.
- Lendir Lidah Buaya dapat melembab & melicinkan kulit muka serta mampu mematikan pigmen hitam sekiranya disapu pada kulit muka disamping melindunginya dari pancaran ultraviolet.
- Lendir lidah Buaya mampu mempercepatkan process penggantian sel,mengelakkan jangkitan,merawat kudis ,gatal -gatal & menghilangkan parut.
- Sapukan lendir lidah buaya bersama garam di sekeliling bisul untuk meredakannya,
- Jus Aloe Vera juga mampu mengawal tekanan darah tinggi ,kencing manis ,masalah jantung ,luka dalam badan ,buasir ,sembelit ,sakit sendi,ulser & masalah ginjal.
No comments:
Post a Comment