Salam semua. Kali ini saya nak menyampaikan khasiat durian belanda.
Masih ramai yang tidak tahu akan kelebihannya terutama dalam rawatan
atasi kanser.Yang saya terkejut, ia mempunyai kekuatan 10,000 kali ganda
rawatan kanser kemotherapi.
Ramai yang tidak tahu batang, akar, biji dan buah
durian belanda (
annona muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.
Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda
yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam,
mampu
merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan
menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.
Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat
serbuk teh daripada daunnya
untuk
mengubati sakit kerongkong. Bijinya ditumbuk halus khusus untuk
membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing.
Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian
akar, kulit dan
daunnya,dipercayai boleh
mengubati kencing manis. Begitu juga, suku
Orang Asli di Guyana membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya
untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu
mengatasi masalah jantung
dan penyakit hati.
Mereka juga mendapatkan
minyak daripada daunnya atau buahnya yang masih
muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi
mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.
Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian
belanda diminum sebagai
ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak
dan ubat cirit-birit.
Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit
jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan
yang sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria
dan ulser perut.
Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyana
digalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan
pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.
Dari segi perubatan moden, kajian kedua-dua universiti mendapati, bahan
yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai
aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf.
Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor /
kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan
segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi
sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis
parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress,
dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.