Showing posts with label anti arhtritis. Show all posts
Showing posts with label anti arhtritis. Show all posts

Friday 22 February 2013

GoJi : Rahsia Kecantikan /Kesihatan Orang Cina


. Membantu Memanjangkan Umur.
Sifat unik Goji yang mengandungi komposisi Molikul Polisakarida (master molecule polysaccharides) dan antioksida yang kuat (powerful antioxidants) dapat menghalang proses ketuaan belum-waktu dengan cara menghalang pemusnahan sel-sel tubuh oleh radikal bebas tadi.
2. Meningkatkan Tenaga dan Kekuatan Fizikal.
Dikenalpasti sebagai salah satu sumber adaptogens yang terbaik, goji membantu meningkatkan keupayaan latihan fizikal, meningkatkan stamina dan kelasakan.
Ia membantu mengurangkan keletihan terlampau terutamanya selepas sembuh dari penyakit seperti demam dan sebagainya.
3. Kelihatan/Rasa Muda.
Goji merangsangkan penghasilan hGH (human growth Hormone) atau hormon penggalak .
hGH juga dikenali sebagai Hormon Muda. hGh membantu mengurangkan longgokan lelemak, membantu tidur yang nyenyak, membaikpulih keupayaan memori - keupayaan otak, mempercepatkan proses penyembuhan dari penyakit - pemulihan sel-sel yang rosak, mengembalikan libido (libido bermaksud keupayaan rangsangan seksual) dan banyak lagi…
4. Membantu Menurunkan Tekanan Darah Tinggi.
5. Anti Kanser
Kandungan Germanium yang terdapat dalam Goji merupakan anti-kanser yang kuat.
Ditambah dengan kehadiran Molikul Polisakarida dan anti-oksida, Goji mampu mengkalang mutasi genetik yang menyumbang kepada penghasilan sel kanser.

6. Mengekalkan Paras Kolesterol yang Sihat.
Goji mengandungi beta-sitosterol, yang mampu menurunkan paras kolesterol jahat (LDL).
Sifat anti-oksidanya pula menghalang kolesterol dari teroksida lalu membentuk plak dalam saluran darah (arterial plaques).
Manakala flavonoids pula membantu membuka ruang saluran darah dan membantu proses aliran darah yang baik.
7. Mengimbangi Paras Glukos dan Mengawal Penyakit Diabetes.
Goji telah lama digunakan di China untuk rawatan diabetes jenis-2 (insulin tidak mencukupi untuk menukarkan glukus dalam darah ke tenaga).
Plolisakaridanya membantu menyeimbangkan paras gula dengan cara menggalakan tindakbalas insulin.
Kandungan betaine pula dapat mengelakkan penyakit longgokan lemak dalam hati dan mengelakkan kemusnahan siatem pembuluh darah yang biasa terjadi kepada pesakit diabetes.
8. Meningkatkan Libido dan Fungsi Seksual
Goji dikanali sebagai TONIK SEKSUAL KELAS ATASAN dan dikenalpasti menyemarakkan rasa ghairah seksual.
Kajian saintifik moden juga menunjukkan Goji mampu meningkatkan paras Hormon Testosterone dalam darah yang mana meningkatkan libido pada lelaki dan wanita.
9. Mengurangkan Berat Badan
Kajian menunjukkan Polisakarida Goji mampu menurunkan berat badan dengan cara menggalakkkan penukaran makanan kepada tenaga, bukannya lemak.
10. Melegakan Sakit Kepala dan Pening (Dizziness)
Dalam ilmu perubatan Cina, sakit kepala dan pening sering dikaitkan dengan "kelemahan" buah pinggang - yin (aliran bendalir yang lemah) dan yang (fungsi lemah). Goji dikenalpasti dapat mengimbangi semula kedua unsure ini.
11. Tidur Nyenyak
Goji telah lama digunakan untuk merawat insomnia (tidur tak berkualiti). Kajian menunjukkan pesakit yang telah beumur dapat menikmati semula tidur yang nyenyak selepas mengamalkan Goji.
12. Memperbaiki Kualiti Penglihatan
Saintis Cina Moden telah mengenalpasti bahawa Goji dapat membantu dalam penyesuaian penglihatan di tempat gelap (cerah ke gelap). Juga, membantu penglihatan yang lebih baik ditempat yang bercahaya suram.
Pesakit yang mengalami kebutaan-bertompok (blind spot) dapat dipulihkan atau dapat dikurangkan tahap kebutaan-bertompok mereka.
Dengan kehadiran anti oksida yang kuat iaitu carotenoids, Goji membantu menghalang proses pembantutan macular dan katarak.
(macular degeneration - disebabkan oleh kemerosotan bahagian tengah retina iaitu lapisan bahagian dalam mata yang merekodkan imej yang kita lihat dan menghantar maklumat tersebut melalui saraf optic dari mata ke otak. Bahagian tengah retina dikenali sebagai "macula" bertanggungjawab dalam proses focus dan ia mengawal kebolehan kita untuk membaca, memandu, mengenal warna, rupa bentuk)
13. Menguatkan Jantung.
Goji mengandungi cyperone, sebagai bahantara yang menguatkan jantung dan juga tekanan darah yang seimbang. pressure. Kandungan anthocyanins (unsur merah buah) membantu menguatkan arteri koronari.
14. Menghalang Peroksidasi Lipid.
Kolesterol dan sesetangah lipd darah boleh membahayakan badan seandainya ia membentuk lipid-peroksid.
Pengumpulan lipid-peroksida yang bersifat melekit akan membuatkan saluran darah menjadi tersumbat dan menyumbang kepada penyakit kardiovaskular, serangan jantung, atherosclerosis (salur darah tersumbat/keras) dan strok.
Goji menambah enzim darah yang mampu menghalang pembentukan lipid peroksida ini.
15. Tahan Penyakit.
Radikal Bebas Super-oksida memainkan peranan penting dalam memulakan (onset) dan kesinambungan penyakit manusia.
Super-oksida dinutralkan dalam badan oleh enzim yang dikanalpasti sebagai superoxide dismutase atau SOD. Tetapi, badan akan kurang mengeluarkan SOD apabila umur semakin meningkat.
Maka, pengambilan Goji telah dikenalpasti dapat meningkatkan sebanyak 40% enzim SOD dalam tubuh badan kita.
16. Meningkatkan Respon Imun.
Sistem Imun merupakan bala tentera pertahanan badan dari penyakit.
Kajian selama lebih 40 tahun menunjukkan Goji berupaya menguatkan kekebalan/Imun tubuh dengan mengarahkan (commanding) dan mengawal (controlling) fungsi pertahanan badan.
Polisakarida Goji, menguatkan dan menyeimbangkan aktiviti semua bahagian sel-sel imun, termasul T-cells, cytotoxic T-cells, NK-cells, lysozyme, tumor necrosis factor-alpha, dan immunoglobulins (IgG dan IgA.).
17. Kawal dan Lawan Kanser
Pesakit yang mengambil ubatan kanser bersama goji menunjukkan perubahan posotif sebanyak 250% berbanding pesakit yang hanya mengambil ubatan kanser sahaja.
Pesakit kanser tahap tinggi mengalami penurunan/pengurangan malignant melanoma, renal cell carcinoma, colorectal carcinoma, lung cancer, nasopharyngeal carcinom,dan malignant hydrothorax.Bahkan dipercayai boleh merawat penyakit AIDS
18. Melindungi DNA (iinformasi genetik)
DNA merupakan komposisi kimia yang penting tubuh kita. Ia mengandungi segala maklumat penting keturunan dan merupakan blueprint tubuh kita secara menyeluruh. Penghasilan sel baru yang rosak diseluruh badan, akan merujuk kepada DNA agar sel baru yang terbentuk bukan sel yang silap atau yang telah terubahbentuk - mutasi, yang bakal menyumbang kepada pembentukan sel kanser.
Sel yang rosak perlu diduplikasikan secara tepat bagi mengelakkan pembentukan sel yang terubah strukturnya.
Dengan persekitaran yang tercemar, bahan toksik buangan dan radikal bebas boleh menyebabkan DNA kita termusnah atau terputus yang akan menyebabkan mutasi genetik, kanser dan kematian.
Goji mengandungi betaine Molikul Polisakarida (master molecule polysaccharides) mampu meyembuhkan DNA yang rosak.
19. Menghalang Pertumbuhan Tumor.
Interleukin-2 (IL-2) merupakan sel protin yang penting dalam mengerakkan respon anti-tumor pada kebanyakkan jenis kanser.
Polisakarida Goji telah terbukti melalui kajian saintis dari China, dapat membantu meningkatkan penghasilan IL-2.
Goji mampu membunuh sel tumor dengan menggalakkan proses apoptosis - proses merungkaikan dan menguraikan sel kanser.
20. Mengurangkan Kesan Toksik rawatan Kimoterapi (Chemotherapy).
Goji membantu kesan radiasi dalam rawatan kanser paru-paru, maka kadar radiasi yang minimum diperlukan.
Dalam kajian lain, Goji mampu melindungi dari kesan sampingan kimoterapi dan rawatan radiasi.
21. Penghasilan Darah yang Kuat/Berkualiti
Goji dikenali sebagai pembina darah (blood builder) dan penyuburan darah. Dalam satu kajian, Goji mampu memulihkan darah individu yang berumur menjadi seperti kualiti darah seorang yang muda.
Flavanoid dalam Goji melindungi sel darah merah dari dimusnahkan oleh radikal bebas.
Goji juga digunakan dalam rawatan kekurangan sum-sum tulang (bone marrow deficiency - low production of red blood cells, white blood cells and platelets).
22. Meningkatkan Jumlah Lymphocyte.
Lymphocyte merupakan komposisi sel darah putih yang penting dalam sistem pertahanan badan. Ia akan bertindak dalam menyusunatur langkah pertahanan sekiranya terdapat organisma merbahaya menyerang sistem pertahanan tubuh manusia.
Goji meningkatkan jumlah lymphocyte dan membantu mengaktifkan mereka dikala tubuh menghadapi ancaman.
23. Anti Pembengkakkan dan Anti-Arthritis
Kajian selama 20 tahun menunjukkan, bagi kes pembengkakkan yang serius, kadar penghasilan radikal bebas menjadi lebih besar berbanding kapasiti penghasilan enzim SOD.
Ketidakseimbangan ini menyebabkan kesakitan pada sendi dan tisu badan.
Goji mampu mengembalikan keseimbangan ini dengan menambah kapasiti enzim SOD.
24. Menyokong Hati
Goji mengandungi cerebroside yang dikenalpasti mampu melindungi sel hati walaupun dari chlorinated hydrocarbons yang bertoksik.
Cerebrosides merupakan glycosphingolipids yang merupakan komponen penting dalam otot dan mambran sel saraf manusia.
25. Merawat Simtom Menopause
Dalam kaedah perubatan Cina, simtom menopause berkait rapat dengan penurunan kecekapan buah pinggang - kekurangan hormon.
Goji dikenalpasti dapat mengembalikan keseimbangan hormon berkaitan.
26. Mengurangkan Alahan Mengandung (Morning Sickness)
Di negeri China, Goji dihidangkan dalam bentuk teh untuk ibu-ibu yang mengandung. Merupakan kaedah rawatan yang cukup berkesan.
27. Meningkatkan Kesuburan
Goji mampu merawat kesuburan pada lelaki dan wanita. Pada wanita, Goji mampu mengembalikan "jing" atau "usur asas kesuburan". Manakala pada lelaki, Polisakarida Goji dikenalpasti dapat memanjangkan usia sel sperma dan juga penghalang utama pemusnahan struktur dan sell buah zakar.
28. Menguatkan Otot dan Tulang.
Goji menggalakkan proses pengeluaran unsur hGH, yang bertanggungjawab dalam fungsi penyelengaraan, pembaikan dan penghasilan tubuh manusia. Ini termasuk dalam penghasilan sel otot (bina badan) dan juga kepenggunaan kalsium oleh tulang dan gigi.
29. Menyokong Kesihatan Buah Pinggang.
Buah pinggang merupakan organ yang cukup penting dan utama, dan memainkan peranan dalam kesihatan otak dan organ-organ penting lain.
Kesihatan buah pinggang menjadi kayu pengukur untuk kewujudan seseorang yang mana ia merupakan pusat pembersih darah untuk darah yang berkualiti.
Goji merupakan super-tonik bagi buah pinggang yang mempengaruhi fungsi dan kecekapannya.
30. Menguatkan Daya Ingatan
Goji merupakan tonik otak (brain tonic). Ia mengandungi betaine, yang akan bertukar kepada choline dalam tubuh manusia. Choline adalah bahan yang mampu memperkuatkan keupayaan ingatan dan memori.
31. Membantu Menmgurangkan Batuk
Pakar herba Cina menggunakan Goji untuk rawatan batuk dan semput.
32. Meredakan Kemurungan dan Tekanan
Merupakan sejenis adaptogen, goji membantu badan untuk proses penyesuaian (adapt) dan proses kawalan tekanan (stress). Ia membekalkan "tenaga" untuk membolehkan kita mengawal sebarang jenis tekanan dan permasaalahan.
33. Penguat Semangat
Adalah dipercayai dengan pengambilan berterusan Goji membantu kita untuk persifat lebih ceria dan di Asia, Goji juga dikenali sebagai "happy berry".
34. Membantu Penghadaman.
Goji telah lama digunakan untuk rawatan atrophic gastritis, iaitu tahap penghadaman yang lemah disebabkan penurunan kadar aktiviti sel perut.
Malah, Goji sendiri amat senang terhadam terutamanya jika diambil dalam bentun bancuhan atau ektrak.
cara makan goji kering ini ialah dengan merendam 10 biji goji kering dalam secawan air panas.amalkan 2 kali sehari.

info produk:http://cukai.olx.com.my/goji-kering-iid-50228006