Pengalaman saya mengamalkan Jus Epal Hijau yang dikisar bersama Timun dan Selery,sangat baik untuk kesihatan tubuh badan.Kesan yang dapat dirasakan,campuran buah dan batang Seleri boleh menyejukkan badan dan sangat sesuai diminum pada waktu malam sebelum tido.Tetapi jus hendaklah diminum 1-2jam selepas makan kerana proses menyerapan yang lebih baik bila perut kosong dan rilex.
Antara kelebihan lain Epal Hijau,boleh mengurangkan tekanan darah tinggi,kencing manis dan emperbaiki sistem pencernaan kita.Selain itu juga,rasa asam pada buah epal boleh membanttu mengimbangi asid asam lambung dari perut selain mengurangkan ulser perut.
Menurut info yang saya baca,Epal Hijau kaya dengan vitamin dan serat terutama pada bahagian kulit yang sangat baik untuk kesihatan dan kecantikan diri kita.Justeru,kita digalakkan untuk mengkisar buah epal bersama kulitnya.
Bagi mereka yang tidak suka rasa masam pada buah epal itu,korang boleh campur dengan batang seleri sebab seleri bukan sahaja dapat menghilangkan rasa masam malah membuat jus itu menjadi wangi dan sedap untuk diminum.