Showing posts with label buang angin badan. Show all posts
Showing posts with label buang angin badan. Show all posts

Friday 17 May 2013

Murah & Berkhasiat :Sayur Salad

Daun salad mengandungi 93.4% air, 2.1% protein,0.3% lemak, 1.2% galian,0.5% serabut & 2.5% karbohidrat. Salad juga boleh mencapai ketinggian dari 30-100sm. bagi salad yang berwarna putih atau sedikit hijau,ia mempunyai kandungan besi,kalsium,beta karotena ,vitamin B1, B2 & vitamin C. Salad banyak digunakan sebagai sayur.Ia dimakan mentah ,digoreng,dicelur & dicampurkan ke dalam lauk yang lain.Dari segi perubatan ,salad juga mengandungi kelebihannya tersendiri.

Selain dimakan mentah,salad boleh direbus untuk dijadikan tonik atau penawar untuk mengeluarkan angin didalam perut & usus.Dengan memakan salad ,anda juga dapat mengurangkan rasa kehausan.Salad amat bagus terutamanya kepada otak,sistem saraf & paru-paru. Jus salad mentah jika diminum,boleh menyejuk & menyegarkan badan. Kandungan magnesium yang tinggi di dalam jus tersebut mempunyai kuasa istimewa untuk memberi tenaga kepada tisu otot,saraf & otak. Apabila membuat jus dari salad adalah lebih baik anda gunakan daun berwarna  hijau tua.Daun putih di bahagian dalam,perlu dipisahkan kerana ia kurang klorofil & kurang kandungan khasiat.

Bagi penyakit sembelit,pilihlah salad sebagai penawar.Ini kerana salad dapat melawaskan proses pembuangan air besar. Anda boleh memakan salad untuk mengubati penyakit diabetes kerana ia kurang mengandungi karbohidrat. Oleh itu,anda bebas memakan sayur yang mengandungi kandungan karbohidrat yang kurang dari 3%.

Kandungan besi di dalam salad juga dapat membekalkan bahan ini terutamanya kepada mereka yang menghidap anemia. Zat besi dari sayur ini dapat diserap dengan mudah oleh tubuh badan jika dibandingkan dengan zat besi yang diperolehi daripada bahan bukan organik yang lain.

Memakan salad mentah ketika mengandung & menyusukan bayi adalah amat berkhasiat kepada wanita. Ini kerana salad mengandungi asid folik yang dapat menghalang anemia ketika mengandung.Selain Itu ,Ia juga dapat merangsang penghasilan susu badan. Minyak daripada biji salad pula dapat mengatasi masalah hati ,melawaskan pembuangan air kecil,merawat sakit pinggang ,bisul,luka & buasir.

rujukan.: http://zieramokhtar.blogspot.com/2010/12/khasiat-sayur-sayuran.html,
              :buku Tumbuhan Herba sumber perubatan tradisional.