Sunday 19 May 2013

Daun kari:Atasi "Morning Sickness"

Kajian ke atas daun kari telah menunjukkan bahawa tumbuhan ini merupakan sumber karbohidrat,protein,asid amino ,alkloid serta zat galian seperti kalsium,fosforus & zat besi.Ia juga mengandungi lemak,serat,serta vitamin A,B & C.

Daun,kulit pokok & akar tumbuhan ini direbus untuk kegunaan sebagai tonik bagi melawaskan fungsi-fungsi di bahagian perut,
menghilangkan rasa senak akibat angin di dalam usus serta bertindak sebagai julap.

Air rebusan kulit pokok daun kari jika diminum akan meninggalkan kesan yang menyejukkan & berkesan untuk menurunkan suhu badan.Ia juga berupaya untuk menghilangkan rasa kebas ,menyembuhkan penyakit buasir serta memulihkan gangguan pengaliran darah.

Campurkan satu sudu kecil jus daun kari dengan jus limau nipis & gula untuk mengatasi rasa loya atau muntah yang sering dialami oleh wanita mengandung pada setiap pagi & juga yang disebabkan ketidakhadaman makanan serta pengambilan lemak yang berlebihan.

Pucuk daun kari yang dicampur dengan madu,berkesan untuk meredakan cirit-birit & juga buasir. Amalan mengambil sepuluh helai daun kari tua pada setiap pagi selama tiga bulan,dikatakan boleh menghalang diabetes yang diwarisi secara keturunan.

Amalan mengambil daun kari juga mampu menghalang uban.Ia juga boleh dimasak dengan minyak kelapa sehingga garing untuk tujuan melebat serta menguatkan rambut.Daun kari juga boleh ditumbuk atau diramas & disapu ke bahagian yang berkenaan untuk menghilangkan bengkak,
kesan-kesan lebam & juga luka.Buah pokok daun kari boleh dimakan.Manakala jus daun kari yang dicampur dengan jus limau nipis dapat meredakan kesakitan akibat sengatan atau gigitan serangga yang berbisa.

selanjutnya:http://khazanahalamkita.blogspot.com/2011/11/kandungan-daun-kari.html
                  :buku tumbuhan herba sumber perubatan tradisional

No comments:

Post a Comment