Coklat bukan sahaja sejenis makanan yang berkhasiat tetapi juga menyumbang kepada pemakanan yang seimbang berdasarkan kepada asas pemakanan berikut:-
|
Lemak
koko dalam coklat mengandungi 38.2% asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak
tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah.
Sementara
asid sterik iaitu asid lemak tepu yang terkandung di dalam lemak koko pula
mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol. |
Melalui
kajian yang dijalankan didapati bahawa coklat mengandungi bahan anti-kerosakan
gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalik.Tannin
ialah sejenis bahan yang menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak
dan asid di dalam mulut. Asid
yang terhasil daripada proses pemecahan makanan oleh bakteria merupakan punca
kerosakan gigi.
Plak adalah
sisa-sisa makanan yang melekat pada gigi akibat tindakan bakteria. Kasein di dalam coklat sus pula bertindak mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak dan seterusnya mengurangkan pengeluaran asid. Kasein juga membantu dalam pertumbuhan gigi. Asid oksalik merencatkan pengeluaran enzim bakteria dan seterusnya menghalang pengeluaran asid. |
Lemak
kok yang merupakan bahan asas di dalam coklat mempunyai ciri-ciri kecairan yang
membolehkan ia mudah cair di dalam mulut.
Pertumbuhan
plak gigi terhalang kerana coklat tidak tersimpan lama di dalam mulut. |
Coklat
dan serbuk koko mengandungi phenol sejenis bahan kimia yang membantu
mengurangkan risiko sakit jantung. Phenol
bertindank dengan menghalang lemak seperti zat di dalam aliran darah daripada
teroksida dan menyumbat arteri. |
Sumber: http://drrozmey.wordpress.com/2010/01/29/kebaikan-coklat/
No comments:
Post a Comment