Saturday 30 June 2012

Mukjizat Kurma Ajwa

ADAKAH berat badan anda berkurang atau makin bertambah menjelang Aidilfitri? Kedua-dua keadaan ini boleh berlaku disebabkan tabiat pemakanan sepanjang Ramadan. Namun lebih ramai yang cenderung menambah berat badan gara-gara membeli makanan tidak menilai keperluan tetapi lebih kepada selera.

Amalan pemakanan Rasulullah SAW iaitu dengan mengambil kurma dan madu sepatutnya menjadi contoh.

Menurut Pengarah Eksekutif pengedar utama kurma Ajwa dan madu Sidr asli, Rasa Resources Sdn. Bhd., Abdullah Abdul Jalil, kurma adalah makanan organik sempurna kerana ia sejenis buah yang mengandungi pelbagai mineral dan vitamin, kaya dengan antioksidan seperti beta-karotena, lutein dan zeaxanthin.

''Antioksidan mempunyai keupayaan untuk membantu melindungi sel dan struktur lain dalam tubuh agar bebas daripada radikal oksigen dan mencegah penyakit seperti kanser kolon, prostat, payu dara, endometrium, paru-paru dan pankreas," ujarnya.

Kurma Ajwa mempunyai fadilat seperti menguatkan urat perut, mengendurkan urat saraf dan melembutkan perangai.

Ajwa sejenis kurma lembut dan kering yang ditanam di kota Madinah. Dalam sejarah ada menyebut, kurma Ajwa yang pertama ditanam oleh Rasulullah SAW di tanah berhampiran Masjid Quba, Madinah.

DisembuhkanMenurut Abdullah, madu Sidr pula paling jarang ditemui dan mempunyai nilai yang tinggi. 
"Ia memang sentiasa dicari oleh pencinta madu kerana rasanya yang unik di samping banyak faedah kesihatan," katanya.

Tambah Abdullah, madu ini daripada lebah yang hanya memakan bunga daripada pokok Sidr yang berasal dari Hadramaut, Yemen.

Ia cecair pekat yang telah menjadi sebahagian daripada perubatan tradisional bangsa Arab, Syria, Cina, Greek dan Rom kuno untuk merawat luka dan penyakit usus.

Tokoh perubatan Islam, Ibnu Sina turut menyenaraikan insomnia sebagai antara penyakit yang boleh disembuhkan melalui pengambilan madu .

Biarpun tidak terbukti secara saintifik bahawa madu dapat menyembuhkan insomnia, terdapat enam jurnal perubatan yang menggambarkan madu sebagai sumber yang mempunyai unsur antibiotik.

Dalam pada itu, Rasa Resources turut menerima tempahan hamper atau cenderahati kurma Ajwa dan madu Sidr sempena Ramadan dan hari raya yang akan tiba tidak lama lagi.


info selanjutnya: www.rasaquest.com

Khasiat Kekacang

Kekacang dan legum diambil sebagai sumber protein menggantikan daging. Ia juga membantu menstabilkan paras glukos dalam darah, menyeimbangkan tindak balas elektrolit dalam tubuh dan meningkatkan kadar metabolisme serta fungsi tubuh dan otak.

Merujuk fahaman orang Timur, kesemua fungsi ini dikawal oleh buah pinggang dan kelenjar adrenal.  Kerana itu kekacang dan legum juga dikelaskan sebagai makanan penyokong buah pinggang. Untuk mengoptimumkan pengambilan khasiatnya, kekacang seeloknya dimasak dengan minyak atau diambil bersama makanan berasaskan minyak. Misalnya, orang Arab memasak kacang kuda menjadi hummus (dicampur minyak zaitun), orang Jepun masak dengan rumpai laut dan minyak rumpai laut manakala orang Mexico memasak bersama minyak dan cili.

Kacang soya

Mengandungi asid amino dan sumber protein terbaik. Kacang soya seeloknya dijadikan minuman atau dimasak ketika pucuknya tumbuh seperti tauge. Untuk memasak kacang soya, rendam selama enam hingga lapan jam. Kemudian rebus dalam air yang ditapis. Kacang soya tidak boleh dimakan mentah kerana ia keras dan mungkin mengandungi toksik.


Fungsi: Mengekalkan kesihatan pankreas dan hempedu, meningkatkan perjalanan darah dan penglihatan, meningkatkan kuantiti susu badan, menyingkirkan toksin dan keracunan makanan, bertindak sebagai diuretik, mengelak loya dan masalah kulit serta sembelit.




Kacang soya hitam

Fungsi: Melindungi limpa dan pankreas, menggalakkan perjalanan darah, menyeimbangkan paras elektrolit dalam badan, mengelak masalah batu karang, bertindak sebagai diuretik, melegakan radang, menggalakkan metabolisme, mengurangkan masalah sakit belakang, mengelakkan osteoporosis, sakit di lutut, kejang dan juga radang pada saluran kencing.

Kacang hijau

Asal dari Pakistan, kini boleh didapati di kebanyakan negara Asia Tenggara. Mengandungi karbohidrat, fiber, protein, vitamin dan mineral terhidrat.

Fungsi: Meneutralkan toksin dalam tubuh, menyeimbang kesihatan hati dan hempedu; mengurangkan radang, melegakan jangkitan salur kencing, mengurangkan pengumpulan air, tekanan darah tinggi, asid gastrik dan masalah jantung serta darah.

Dhal

Mengandungi 26 peratus protein.

Fungsi: Meningkatkan metabolisme buah pinggang, menyuburkan perjalanan darah ke jantung dan mengekalkan fungsi otot serta kepadatan tulang.



Kacang kuda

 Sumber terbaik zink, folat, protein, fiber, karbohidrat dan rendah lemak.
Fungsi: Mengekalkan kesihatan pankreas, usus kecil dan jantung; menyeimbangkan sistem hormon tubuh.



 info lanjut: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0516&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_03.htm

Keajaiban Misai Kucing




Dikatakan pokok ini mempunyai ciri2 anti alahan, mengurangan tekanan darah, antiperadangan dan melawaskan air kencing.Ia juga boleh mengubati sakit buah pinggang yg belum sampai peringkat serius.Jika digunakan sebagai ubat batu karang resipinya adalah segenggam daun misai kucing,7 pokok dukung anak,10 helai daun ngokilo,10 hirisan temulawak dan 4 butir jagung muda. Rebus dgn 4 gelas air hingga mendidih. Minum air rebusan itu untuk satu hari.







info lanjut::
 http://bertanamlah.blogspot.com/2010/03/khasiat-daun-misai-kucing.html?spref=bl

Rahsia Disebalik Durian



Salam semua. Kali ini saya nak menyampaikan khasiat durian belanda. Masih ramai yang tidak tahu akan kelebihannya terutama dalam rawatan atasi kanser.Yang saya terkejut, ia mempunyai kekuatan 10,000 kali ganda rawatan kanser kemotherapi.


Ramai yang tidak tahu batang, akar, biji dan buah durian belanda (annona muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.



 Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.

Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong. Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing.

Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis. Begitu juga, suku Orang Asli di Guyana membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati.

Mereka juga mendapatkan minyak daripada daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.

Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-birit.

 Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.

Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyana digalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.

Dari segi perubatan moden, kajian kedua-dua universiti mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf.

 Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.



Rahsia Bawang Putih


  • Kelebihan bawang putih untuk mengawal tekanan darah, kencing manis, ulser dan cirit birit 

 Percaya tak bawang putih yang kita sering buat bahan tumisan tu mempunyai pelbagai khasiat semulajadi. Bukan sekadar merawat sakit-sakit biasa, malah penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, ulser, cirit birit dan sebagainya. Berikut adalah penerangan mengenai bawang putih dan bagaimana ia bertindak sebagai penawar untuk merawat pelbagai jenis penyakit.   

  •   Bawang Putih dalam rawatan Tekanan Darah 
  Ada laporan yang mengatakan, beratus-ratus ahli perubatan mendapati bahawa bawang putih adalah salah satu tumbuhan yang paling selamat dan boleh diharapkan untuk melegakan masalah tekanan darah tinggi. Ini kerana bawang putih memenuhi semua keperluan agen terapeutik yang baik untuk mengurangkan tekanan darah. Malah menurut pengarang buku yang bertajuk " My Experience with Living Food " menyatakan bawang putih telah menurunkan tekanan darah tinggi dan menaikkan tekanan darah apabila berada di tahap yang rendah.
  •   Bawang putih dalam rawatan Diabetis @ kencing manis  
figure:Diabetes Mellitus
Seseorang yang mendapat penyakit kencing manis mempunyai asid yang berlebihan (asidosis) dan asidosis ini akan bertindak mengambil kalium dari tubuh sehingga boleh berlaku keadaan tidak sedarkan diri atau koma pada pesakit. Bawang putih pula mengandungi galian-galian yang tertentu yang terbukti bernilai dalam metabolisme karbohidrat. Bawang putih kaya dengan kalium, 529 mg bagi setiap 100 gm. Selain kalium, bawang putih juga kaya dengan zink, mangan dan sulfur dan ke semua galian ini berupaya dalam merawat penyakit kencing manis.  
  • Bawang Putih dalam rawatan Ulser 
    figure:ulcer
 Bawang putih yang mengandungi vitamin C adalah baik dan berupaya untuk merawat masalah ulser. Beberapa orang penyelidik telah menunjukkan bahawa vitamin C adalah baik untuk kes-kes ulser. Kekurangan vitamin C akan menyebabkan ulser perut dan duodenum.
  •  Bawang Putih dalam rawatan Cirit Birit 
 Bawang putih berkesan dalam mengubati cirit birit dengan bertindak dalam tiga cara iaitu menenang, membersih dan mengurangkan inflamasi. Bawang putih seakan-akan mempunyai kesan dadah. Bawang putih membuatkan sakit perut, cirit birit dan sakit usus sembuh tanpa menyebabkan sembelit.Selain dari ini, bawang putih juga baik dan berkesan dalam terapi untuk merawat penyakit yang berkaitan permasalahan wanita, arthritis, anemia, sakit perut, pernafasan dan kolestrol.

 sumber: http://miorbiz.com/khasiat-durian-belanda-kekuatan-1000-kali-ganda-kemotherapi-rawatan-kanser/

Saturday 16 June 2012

Rahsia Timun Jepun

Kebaikan sayur zucchini atau timun Jepun
  • mengandungi Vitamin C dan lutein yang menggalakkan kesihatan mata
  • mempunyai kalori rendah yang baik untuk orang-orang yang ingin menurunkan berat badan. Satu timun Jepun mempunyai hanya 25 kalori atau lebih kurang 15 kalori setiap 100g
  • membantu menyembuhkan asma kerana ia mengandungi Vitamin C
  • membantu untuk mencegah penyakit seperti skurvi, lebam dan sebagainya, yang disebabkan oleh kekurangan Vitamin C
  • apabila diambil secara berterusan boleh berkesan merendahkan tahap homocysteine ​​yang tinggi
  • menghalang risiko yang mempunyai multiple sclerosis (MS)
  • Kandungan air yang tinggi pada timun Jepun adalah sempurna bagi mereka yang berdiet 
  • mengandungi jumlah baik folat, kalium, dan vitamin A penting untuk kesihatan yang baik
  • boleh membantu melindungi daripada kanser kolon (kanser dalam perut)http://kongsibersamanora.blogspot.com/2011/10/khasiat-bunga-zucini-dan-buahnya-baik.html

Kelebihan Menggunakan Inai



 Inai membantu mengekalkan kulit yang lembut dan bersih. Oleh itu penggunaan bahan kimia harus dielakkan. Ciri2 perubatan inai:
- boleh melarut
- sejuk dan kering.
Di antara kelebihannya termasuklah rawatan kebakaran, bengkak bernanah, masalah pigmentasi dan pelbagai masalah anggota badan yang lain. Merawat luka menggunakan inai mempunyai kesan yang sama seperti perubatan moden. Kegunaan inai:-

1. Merawat kebakaran di peringkat awal menggunakan inai serbuk.
Kelebihannya:
-Mengurangkan kesakitan
- Mengurangkan kehilangan bendalir
- Mengurangkan jangkitan/infeksi

2. Merawat luka yang parah serta memeliharanya daripada bakteria menggunakan campuran inai serbuk dengan air biasa.

3. Menghentikan pendarahan menggunakan inai serbuk seperti pendarahan hidung.

4. Membasmi virus pada kulit yang melecuh menggunakan inai serbuk dengan air mendidih.

5. Memelihara kaki pesakit kencing manis menggunakan campuran

4 paket inai serbuk bersama 2 botol minyak zaitun. Ratakan pada bahagian kaki yang terlibat, biarkan seharian, dan amalkan selama sebulan. Kelebihannya:

- Menyembuh rekahan dan retakan pada kaki serta mengurangkan infeksi
- Mencantikkan kulit kaki
- Melambatkan kesan pada saraf

6. Merawat bengkak bernanah, kudis buta, gatal2 dan kurap menggunakan inai serbuk dengan air mendidih.

7. Merawat kanak2 yang menghidap demam campak/cacar air menggunakan ½ paket inai serbuk dengan 2 cawan air mendidih selama 4 hari.

8. Menghapuskan masalah kaki menggunakan campuran serbuk inai dengan minyak zaitun selama 5 hari.

9. Membetulkan pusingan haid / darah penyakit menggunakan inai serbuk dengan minyak zaitun dan diletakkan di tapak tangan semalaman selama seminggu.

10. Memulihkan kecacatan kuku akibat jangkitan kuman menggunakan campuran 2 sudu besar inai serbuk dengan 4 oz cuka.

11. Menyembuhkan penghidap demam kuning dan kusta menggunakan campuran 4 paket inai serbuk
dalam tub mandi dengan air mendidih dan dibiarkan sehingga suam. Berendamlah selama 10 minit dan amalkan setiap hari selama 2 minggu.

12. Menginaikan rambut menggunakan campuran ½ paket inai serbuk dengan 2 cawan air mendidih. Ratakan pada rambut, bungkus rambut dengan plastik ("shower cap" dan biarkan selama 3 jam atau lebih. Kelebihannya:
- Menguatkan akar rambut
- Memberi kilauan pada rambut
- Menghilangkan kelemumur
- Melembut dan memelihara rambut
- Memberikan ketenangan kepada pesakit jantung
- Menghilangkan ketegangan, kerisauan, keletihan dan kesukaran untuk tidur

13. Kelebihan menginaikan muka/anggota badan lain dengan campuran 2 sudu besar inai serbuk dengan 3 sudu besar air mendidih. Ratakan pada muka/anggota lain, biarkan selama ½ jam atau sehingga kering dan cuci dengan air. Ulangi setiap hari.
Kelebihannya:
- Melindungi kulit dari cahaya matahari
- Memberi warna pada kulit seperti sopak, panau dll (amalkan selama 2 minggu)
- Merawat jerawat dan jeragat (amalkan selama seminggu)
- Mengekalkan kulit yang lembut dan bersih


 sambung baca : http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=18168