Mengumpulkan Pelbagai Artikel Dari Sumber-Sumber Yang Terdapat Di Internet Berkaitan Khasiat Alam & Amalan Semulajadi Yang Memberi Manfaat Kepada Kehidupan Seharian
Saturday, 17 November 2012
Wednesday, 25 July 2012
Anti-Penuaan Dengan 'Skyfruit'
Buah Tunjuk langit @ (Switenia Macrophylla)
boleh diamalkan secara tradisional oleh lelaki dan perempuan pada semua
peringkat umur untuk mengekalkan kesihatan badan dan juga untuk
mengelakkan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan peredaran darah.
Kesan pengambilan secara berterusan biji buah ini boleh memulihkan
kesihatan tubuh badan secara semula jadi di samping melancarkan
peredaran darah ke seluruh badan kita. Apabila kesemua sel menerima
oksigen yang secukupnya dan kesemua bahan-bahan toksik luaran dinyahkan,
tahap kecergasan akan kembali kepada sediakala dan lebih sihat.
Antara khasiat-khasiat yang terdapat didalam buah tunjuk langit ini sesuai untuk :-
- Anti-penuaan
- Kekejangan otot
- Alahan kulit / Psoriasis
- Kurang Bertenaga / Keletihan
- Asma / Alahan Pernafasan
- Masalah Tidur
- Barah / Ketumbuhan
- Penyakit Jantung
- Gout / Artritis / Gastrik
- Penyakit Hati
- Haid dan Keputihan
- Resdung / migrain
- Hubungan Kelamin Strok
- Kolestrol tinggi
- Sembelit / Buasir
- Kencing manis
- Tekanan darah tinggi
- Kegemukan Tekanan darah rendah
- Kesuburan
- Tulang Belakang
- Info Lanjut: http://hairulphoto.blogspot.com/2012/02/buah-tunjuk-langit-dan-khasiatnya.html
Buah Zuriat Untuk Kehamilan
Sebenarnya
buah zuriat ini dikenali sebagai buah adam/ buah zuriattin/buah koka.
Semuanya sama. ia adalah buah asal dari pokok koka yang sekarang ramai
orang dok sibuk beli buat gelang pakai kat tangan.
Pokok koka ini ialah pokok yang Nabi Noh a.s. gunakan untuk membina bahteranya ketika banjir dulu.
Dikatakan buah zuriat ini amat berkhasiat. Bila direbus ia boleh menyebabkan kita hamil dan menyembuhkan lenguh-lenguh badan.
Buahnya sebesar buah ciku tapi rupanya macam buah kurma. Ia adalah amat keras. Kalau nak pecahkan memang kena guna kudrat orang lelaki dengan sebilah parang. Dalamnya macam sabut kelapa.
Pokok koka ini ialah pokok yang Nabi Noh a.s. gunakan untuk membina bahteranya ketika banjir dulu.
Dikatakan buah zuriat ini amat berkhasiat. Bila direbus ia boleh menyebabkan kita hamil dan menyembuhkan lenguh-lenguh badan.
Buahnya sebesar buah ciku tapi rupanya macam buah kurma. Ia adalah amat keras. Kalau nak pecahkan memang kena guna kudrat orang lelaki dengan sebilah parang. Dalamnya macam sabut kelapa.
Cergas Berpuasa
Tubuh mendapat bekalan tenaga daripada makanan karbohidrat seperti
roti, nasi, bubur dan kuih-muih. Karbohidrat bertukar menjadi glukos
yang disimpan di dalam hati dan otot-otot dalam bentuk glikogen.
Selain itu, tubuh juga mendapat sumber tenaga daripada pemecahan protein badan yang membentuk glokus melalui proses glukoneogenesis. Bagaimanapun proses ini berlaku apabila simpanan karbohidrat habis digunakan oleh tubuh.
Jadi untuk mengelakkan rasa lapar, letih dan tidak bertenaga semasa berpuasa, anda perlu memaksimumkan simpanan glikogen. Caranya ialah dengan melewatkan sahur, kerana glukos daripada sumber karbohidrat yang dimakan pada waktu sahur akan tahan lebih lama.
Ketika bersahur, ambil makanan yang lambat dihadam seperti nasi, capati, roti jagung, oat, bijirin, roti mil, sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan-makanan ini mengandungi karbohidrat kompleks dan serat yang akan berada lama dalam perut dan melambatkan rasa lapar.
Apabila berbuka pula, lebihkan makanan yang cepat dihadam seperti roti putih, kuih-muih, jus buah-buahan, sup dan bubur. Makanan-makanan ini mengandungi gula dan refined karbohidrat yang cepat dihadam. Kurma adalah contoh terbaik kerana ia mengandungi gula, serat, karbohidrat serta zat galian yang baik untuk kesihatan.
Ia dapat membekalkan sumber tenaga segera. yang diperlukan oleh tisu dan sel dalam tubuh bagi menggantikan bekalan yang digunakan pada siang hari.
Makanan bergoreng atau berlemak boleh menyebabkan ketidakhadaman, seterusnya mengalami pedih hulu hati. Jadi kurangkannya.
Makanan yang terlalu manis pula tidak dapat disimpan lama kerana dihadam terlalu cepat. Jadi jika makan makanan sebegini, tidak hairanlah seseorang cepat terasa letih.
Makanan berempah dan terlalu pedas juga tidak begitu baik dalam suasana puasa kerana akan merangsang pengeluaran terlalu banyak asid gastrik. Mereka yang mempunyai masalah gastrik elokkan mengelak makanan sebegini.
Sama ada berbuka atau bersahur, makanlah secara sederhana, seimbang dan berkhasiat.
Untuk menghilangkan dahaga pula, elakkan yang berkafein dan air berkarbonat kerana minuman-minuman ini menyebabkan anda lebih kerap membuang air, dan mempercepatkan kehilangan cecair.
Sebaiknya, minum jus buah-buahan yang lebih berkhasiat, susu atau air kosong. Pastikan anda minum banyak air semasa selepas berbuka dan bersahur agar bekalan cecair di dalam tubuh mencukupi.
Selamat Berpuasa!
Info Menarik Mengenai Resipi/Khasiat Semulajadi :
http://www.sajionline.my/index.php/info-makanan/951-bagaimana-kekal-cergas-bertenaga-di-bulan-ramadan.html
Selain itu, tubuh juga mendapat sumber tenaga daripada pemecahan protein badan yang membentuk glokus melalui proses glukoneogenesis. Bagaimanapun proses ini berlaku apabila simpanan karbohidrat habis digunakan oleh tubuh.
Jadi untuk mengelakkan rasa lapar, letih dan tidak bertenaga semasa berpuasa, anda perlu memaksimumkan simpanan glikogen. Caranya ialah dengan melewatkan sahur, kerana glukos daripada sumber karbohidrat yang dimakan pada waktu sahur akan tahan lebih lama.
Ketika bersahur, ambil makanan yang lambat dihadam seperti nasi, capati, roti jagung, oat, bijirin, roti mil, sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan-makanan ini mengandungi karbohidrat kompleks dan serat yang akan berada lama dalam perut dan melambatkan rasa lapar.
Apabila berbuka pula, lebihkan makanan yang cepat dihadam seperti roti putih, kuih-muih, jus buah-buahan, sup dan bubur. Makanan-makanan ini mengandungi gula dan refined karbohidrat yang cepat dihadam. Kurma adalah contoh terbaik kerana ia mengandungi gula, serat, karbohidrat serta zat galian yang baik untuk kesihatan.
Ia dapat membekalkan sumber tenaga segera. yang diperlukan oleh tisu dan sel dalam tubuh bagi menggantikan bekalan yang digunakan pada siang hari.
Makanan bergoreng atau berlemak boleh menyebabkan ketidakhadaman, seterusnya mengalami pedih hulu hati. Jadi kurangkannya.
Makanan yang terlalu manis pula tidak dapat disimpan lama kerana dihadam terlalu cepat. Jadi jika makan makanan sebegini, tidak hairanlah seseorang cepat terasa letih.
Makanan berempah dan terlalu pedas juga tidak begitu baik dalam suasana puasa kerana akan merangsang pengeluaran terlalu banyak asid gastrik. Mereka yang mempunyai masalah gastrik elokkan mengelak makanan sebegini.
Sama ada berbuka atau bersahur, makanlah secara sederhana, seimbang dan berkhasiat.
Untuk menghilangkan dahaga pula, elakkan yang berkafein dan air berkarbonat kerana minuman-minuman ini menyebabkan anda lebih kerap membuang air, dan mempercepatkan kehilangan cecair.
Sebaiknya, minum jus buah-buahan yang lebih berkhasiat, susu atau air kosong. Pastikan anda minum banyak air semasa selepas berbuka dan bersahur agar bekalan cecair di dalam tubuh mencukupi.
Selamat Berpuasa!
Info Menarik Mengenai Resipi/Khasiat Semulajadi :
http://www.sajionline.my/index.php/info-makanan/951-bagaimana-kekal-cergas-bertenaga-di-bulan-ramadan.html
Magika di Bulan Ramadan Untuk Diet & Sihat
Kombinasi Solat Tarawih, Puasa Alternatif Amalan Hidup Sihat
Oleh Badli Shah AlauddinAktiviti fizikal sederhana berkesan kurangkan lemak terkumpul, lambatkan proses penuaan
KAJIAN mengenai hikmah berpuasa sudah banyak dibuat bukan saja sarjana Islam bahkan pengkaji Barat seperti garapan Steve Meyerowits dalam buku Fasting and Eating for Health, Richard Schult dalam Juice Fasting, the Power of Healing dan Phyllis Balch dalam Prescription for Nutritional Healing.
Semuanya secara tuntas membuktikan kebaikan amalan berpuasa. Selain itu, kajian mengenai kebaikan amalan bersahur juga mula dibuktikan secara ilmiah. Contohnya, kajian semasa menunjukkan makanan paling utama dalam masa 24 jam adalah sarapan.
BBC News bertarikh 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi adalah penting bagi memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain. Kajian Dr Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard mendapati, mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, mendapat sakit jantung dan menghidap penyakit kencing manis.
Kajian sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan yang berkaitan dengan lebihan kadar gula dalam darah berbanding mereka yang jarang bersarapan pagi.
Kajian Dr Theresa Nieklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakannya terhadap 700 pelajar dari Louisiana seperti dilaporkan Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001 menunjukkan, mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah dan ini menyebabkan penyakit anemia (penyakit berkaitan kekurangan hemoglobin dalam darah).
Kini, perkembangan teknologi dan ilmu menyebabkan saintis bukan saja berjaya membuat lebih banyak kajian berkaitan manfaat puasa dan sahur, bahkan terhadap amalan tarawih yang lazim dilakukan setiap malam Ramadan.
Ketika berpuasa Ramadan, umat Islam digalakkan menunaikan ibadat solat tarawih secara berjemaah di masjid. Solat tarawih ditunaikan sama ada lapan atau 20 rakaat setiap malam sebenarnya adalah suatu aktiviti fizikal sederhana.
Secara saintifiknya, kesan aktiviti fizikal sederhana dan berpuasa terhadap komposisi badan boleh dinilai dengan menggunakan teknik bioimpedans (BIA). Kajian sekumpulan penyelidik Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya, mendapati ada beberapa kesan positif terhadap kesihatan seseorang yang bersolat tarawih.
Kajian selama 20 hari dilakukan kepada 18 peserta lelaki yang sihat tubuh badan berumur antara 19 hingga 21 tahun, dimulakan pada 30 Syaaban (Pengukuran Analisis Bioimpedans awal) dan berakhir pada 20 Ramadan (pengukuran BIA akhir).
Kajian yang dilaporkan dalam buku berjudul Solat: Kebaikan dari Perspektif Sains itu dijalankan berdasarkan standard dan saranan Persatuan Pemakanan Malaysia (PPM). Menurut PPM, untuk memastikan kesihatan berada pada tahap optimum, seseorang itu bukan hanya perlu melakukan senaman, juga menjaga pemakanan (diet).
Pergerakan fizikal dalam solat tarawih didapati meningkatkan aktiviti otot badan selari peningkatan kadar metabolisme basal (BMR) daripada nilai purata 1,455 kal kepada 1,486 kal. Juga didapati penurunan nilai jisim lemak badan (FM) sebanyak 21 peratus.
Keadaan ini sebenarnya setara aktiviti senaman aerobik sederhana dan amalan pemakanan seimbang yang boleh mengurangkan lemak badan. Penurunan nilai jisim lemak itu menunjukkan solat tarawih dan berpuasa adalah kombinasi yang boleh menghasilkan kesan sama seperti senaman aerobik sederhana dengan amalan diet seimbang.
Maka, jelas di sini solat tarawih sebenarnya berkesan untuk mengurangkan lemak yang berkumpul dalam badan. Apabila gumpalan lemak dalam badan berkurangan, tisu otot baru akan mula meningkat dan memenuhi ruang. Hasilnya, melambatkan proses penuaan dan kekenduran tisu.
Selain itu, solat tarawih mengurangkan nilai glukosa. Lazimnya pergerakan solat tarawih kira-kira 140 minit dalam satu sesi menurunkan kadar glukos dalam badan dengan nyata, keadaan ini sama dengan keputusan jika senaman tahap sederhana dilakukan melebihi 150 minit seminggu.
Kesan nilai komposisi badan yang lain ialah pertambahan jisim badan tanpa lemak seperti komponen sel dan tisu yang tiada lipid (lemak) termasuklah air, tulang dan tisu penghubung, menunjukkan tahap kesihatan lebih baik.
Dengan peningkatan BMR, pembakaran lemak dalam badan turut meningkat. Natijahnya, kandungan lemak dalam badan semakin berkurangan dan secara tidak langsung mengurangkan mendakan lemak dalam salur darah membolehkan kekenyalan salur darah meningkat.
Bagi sesetengah individu yang sentiasa mengeluh kerana tidak berdaya berjemaah terlalu lama semasa solat tarawih, kajian Dr Yusof Abbas menerusi bukunya Bio-Mekanik Solat sewajarnya dijadikan renungan.
Menurut beliau, kedudukan yang sempurna ketika solat seperti amalan regangan otot dan tendon secara betul ketika mengangkat takbir, meletakkan tangan di dada, ketika rukuk, sujud, duduk antara dua sujud akan memberi kesan positif kepada kesihatan.
Semua regangan yang betul ini jika dilakukan dalam tempoh lama akan meningkatkan aliran darah selain aktiviti �kembang kuncup� otot pada bahagian yang terbabit. Ketika sujud, sebenarnya sudah berlaku regangan otot bahu, lengan, belakang badan, punggung, pelvik, peha dan betis.
Malah, akan berlaku juga regangan otot di sekeliling anus dan otot sekeliling pangkal kemaluan lelaki serta otot uterus wanita. Dengan kata lain, ada persamaan regangan otot ketika senaman �batin� yang biasa diamalkan seperti senaman harimau atau teknik tertentu dalam gerakan yoga.
Banyak kajian jelas membuktikan solat tarawih dan berpuasa memberikan manfaat dari sudut kesihatan. Selain itu, kajian juga menunjukkan kombinasi solat tarawih dan berpuasa dari sudut kesihatan tubuh badan adalah bersamaan dengan senaman dan diet. Oleh itu, kombinasi ibadat solat tarawih dan berpuasa boleh menjadi alternatif dalam mengamalkan gaya hidup sihat serta boleh diamalkan bagi individu yang ingin menguruskan badan.
Penulis ialah Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Pahang, kini meneruskan pengajian peringkat Sarjana Sains di Universiti Malaysia Terengganu.
Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Sila lawati ke halaman utama untuk membaca lebih 1952 artikel yang terdapat disini. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila email kami di admin[at]mukmin.com.my, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.
info lanjut portal Mukmin:http://www.mukmin.com.my/baca.php?id=1508&kategori=12
Labels:
Kebaikan Sahur,
Kegemukan,
senam dengan bersolat
Saturday, 21 July 2012
Keunikan Acai Berry
1. Acai boleh membantu kualtiti tidur dengan lebih baik Ini disebabkan ianya mengandungi zat nutrien seperti vitamin B C dan lain-lain lagi, acai berry mampu menurunkan tingkat stress dan membantu komunikasi antara sel-sel diotak. Acai berry mampu melakukan hal ini dengan membantu pembuatan neurotransmitter. Beberapa neurotransmiter adalah serotonin dan dopamin. 2. Acai dapat tingkatkan tahap tenaga anda Acai berry digunakan oleh atlit terkenal seperti Venus Williams, kerana acai mempunyai banyak nutrisi, terutamanya banyak lipid yang bertanggungjawab untuk meningkatkan tahap tenaga anda. Inilah sebabnya Acai berry boleh digunakan setiap hari untuk meningkatkan tahap tenaga anda. 3. Acai berry dapat mengurangi kolesterol Acai mempunyai banyak EFA (Essential Fatty Acids). Asid ini mengekalkan kolesterol baik (HDL kolesterol) dan pada masa yang sama, itu akan menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL kolesterol). Kedua-dua tindakan yang dilakukan oleh EFA, akan mengakibatkan jauh lebih baik sirkulasi darah dalam tubuh anda. 4. Acai boleh membantu anda menurunkan berat badan Jika anda sedang berusaha menurunkan berat badan, maka acai berry amatlah sesuai sekali untuk anda. Acai berry membantu menurunkan berat badan kerana acai berry akan melambatkan rasa lapar dan membantu mengawal nafsu makan. Ini karena acai berry memiliki indek glisemik yang rendah. 5. Acai berry dapat membantu mengurang stress anda Acai adalah pembantu yang hebat dalam pertempuran melawan stres! Terutamanya kerana acai mampu membetulkan tahap stres dalam badan dan kemudian memperbaikinya. 6. Acai Dapat Meningkatkan Kesihatan Seksual Anda Acai dikenali kerana mempunyai antioksidan dan anti-inflamasi yang boleh melawan kemandulan yang disebabkan oleh pencemaran udara, stres dan faktor yang berkaitan dengan radikal bebas. 7. Acai Boleh Melegakan Haid Bulanan Wanita Berita baik bagi wanita! Terutamanya yang mengalami kesakitan haid teruk pada setiap bulan! Acai sangat kaya dengan kalsium dan ia mampu meredakan kesakitan dari kembung dan kram. 8. Acai Dapat Membantu melawan Kerdut dimuka Acai Juice yang mempunyai kuantiti anthocyanin dan phytisterols yang tinggi dimana boleh melindungi kolagen (dan jaringan tisu lainnya) dan cara ini anda akan melambatkan kerdut yang lebih awal. 9. Minum acai Dapat Membuat Gigi Kukuh Kalsium diacai bukan hanya baik untuk meredakan kram dan kembung, tetapi juga membantu anda memiliki gigi yang lebih kuat, senyuman yang lebih putih dan juga mencegah gingivitis atau penyakit2 gusi. 10. Acai dan Mata anda Jus acai membantu meningkatkan visi anda, mengurangkan komplikasi degenerasi makula pada penderita diabetes. Ini kerana vitamin C dan beta karotena yang ada diacai . 11. Acai Dapat Bantuan Warna Kulit anda Disebabkan acai mengandungi pitosterol, dengan meminum Acai berry anda akan dibantu mengurangkan kehausan bawah kulit anda di luar lapisan pelindung dan memperbaiki warna kulit anda. 12. Acai Boleh Melewatkan Ketuaan Acai berry boleh membantu memperlambat penuaan sebab acai mempunyai anti-oksidan yang kuat dan regenerative nitrisi sel ynag membantu untuk beroperasi secara optimum. Ini mungkin salah satu sebab yang paling penting untuk minum jus acai . 13. Acai Dapat Melindungi Saluran Darah Dengan meminum Acai berry anda akan melindungi arteri, kapilari, vena dan pembuluh darah. Hal ini mungkin karena anthocyanin yang ada diacai . 14. Acai Dapat Meningkatkan Daya Tahan dari Penyakit Disebabkan acai mempunyai banyak nutrisi, Acai berry membantu sistem kekebalan tubuh dan meningkatkan daya tahan tubuh anda untuk segala macam penyakit. 15. Acai Bolehkah Meningkatkan Tahap Lipid dan Glukosa Acai memiliki indeks Glisemik rendah yang meningkatkan tahap kedua duanya . 16. Acai Boleh Mengdetoksifikasi Dan Mencuci Tubuh Kita Acai telah digunakan untuk waktu yang lama sekarang untuk mendetoksifikasi tubuh manusia. 17. Acai Mampu Membantuan Masalah Ulser Disebabkan ia mengandungi antibakteria, acai mampu menghancurkan fungy, bahkan bakteria dan parasit yang mana menyebabkan masalah gastrik . 18. Acai Mungkin Mampu Mengurangi Risiko Penyakit Alzheimer Menurut sebuah pada tahun 2004, yang ditemui dalam Archives of Neurology, orang yang minum acai dapat mengurangkan risiko mengidap penyakit Alzheimer kerana acai mempunyai jumlah lebih besar vitamin E dan C. 19. Acai Adakah Penolong Besar Terhadap Osteoporosis Di sebabkan Acai mempunyai jumlah kalsium meningkat, osteoporosis yang buruk akan cuba menjauhi. 20. Acai Bolehkah Melawan BPH (pembesaran prostat) Acai adalah musuh ketat BPH (Benign Prostate Hyperplasia). BPH adalah pembesaran prostat. 21. Acai mampu membantu menghalang Retinopathy Bagi orang-orang yang menghidap diabetes Acai adalah berita gembira, kerana ianya membantu kapilari yang lemah yang boleh mengakibatkan retinopathy dan boleh menyebabkan kebutaan 22. Acai Bolehkah Mencegah Beberapa Penyebab Dari Penyakit Jantung The acai juice mempunyai agen perlindungan jantung yang kuat iaitu antioksidan bernama polifenol. Produksi Nitric oksida dalam sel endotel ditingkatkan oleh anthocyanin. Oksida nitrik bertanggungjawab untuk relaksasi dan pembesaran dinding saluran darah dan ini bermakna tekanan rendah pada jantung. Lagi menarik, aliran darah anda akan meningkat dan akan menurun risiko penyumbatan saluran darah. 23. Sterols Dari acai Dapat Membantu Menurunkan Tekanan Darah anda Para sterol bertanggungjawab untuk banyak hal-hal yang baik bagi tubuh anda. Sterol merupakan komponen membran sel tanaman. Ianya digunakan dalam hal-hal yang berkaitan pengubatan dengan tekanan darah . 24. Acai Dapat Membantu melegakan simptom Asma Acai mampu meningkatkan gejala asma kerana mempunyai banyak vitamin C yang merupakan antioksidan yang sangat kuat. Vitamin C memiliki bahan anti-inflamasi yang membantu menghilangkan gejala asma 25. Acai Dapat Bantuan Juga Lapangkan Gejala Dari Crohn’s Disease Acai mengandungi bahan anti-flamatori, ia mampu menghentikan malabsorpsi zat nutrisi yang penting bagi tubuh. Dengan cara ini, acai mencegah kerosakan pada dinding usus kecil anda. 26. Acai Mamput Membantu Menghilangkan Rasa Sakit Arthritis Sekali lagi, kemampuan anti-inflamasi acai boleh membantu menghilangkan rasa sakit disebabkan oleh arthritis. 27. Acai Dapat Membantu Mencegah Kerosakan Free-Radical di Sistem Kekebalan (immune) Pengoksidaan (radikal bebas) merupakan salah satu punca utama kelemahan kekebalan (disfungsi). Acai melawan ini dengan ketangguhan sistem kekebalan tubuh. 28. Acai Juga Bertindak Seperti Astringen Astringen adalah bahan yang tirus, kontrak, mengencangkan tisu seperti kulit kita. Astringen dimanfaatkan untuk menghentikan pendarahan dari luka kecil dan untuk diberikan kepada kulit yang segar, kesemutan. 29. Acai Dapat Memerangi Kanser Acai mencegah dan menurunkan risiko kanser. Acai melawan kanser payudara, kulit, perut, kanser paru-paru dengan meneutralkan radikal bebas sebelum mereka boleh merosakkan sel-sel. 30. Acai Bolehkah Mengatasi Acid Reflux! Antioksidan diacai mampu membantu melindungi dan memperbaiki kerongkong lebih rendah ketika ianya dirosak oleh asid Reflux disease (GERD). Acai juga mengurangkan keasidan isi perut ketika berlaku refluks. Ini kerana, acai mempunyai kesan supresi asid. 31. Acai Dapat Menguatkan Tubuh anda Acai lebih banyak protein dari telur ayam dan mampu membantu tubuh anda lebih kuat. 32. Acai Bolehkah Meningkatkan Kontraksi Otot Dan Regenerasi Acai mempunyai campuran mineral dan asid amino yang membolehkan membantu tindakan kontraksi otot dan regenerasi selepas aktiviti yang meletihkan. 33. Acai Bolehkah Meningkatkan Fungsi Sel-sel ‘Immune’ (kekebalan) Menurut kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Sports Medicine, acai meningkatkan fungsi sel-sel kekebalan oleh limfosit memodulasi kekebalan tubuh dan mencegah penekanan. Ini semua disebabkan oleh beta-Sitosterol yang ada dari acai. 34. Acai BolehBerindak sebagai Anti-mutagenik Acai membantu dalam pencegahan kerosakan struktur DNA kita dan mengurangkan risiko yang mungkin ditimbulkan oleh mutagen 35. Acai Dapat Melawan Virus Acai mengurangkan kekerapan penyakit berjangkit seperti virus, fungi atau jangkitan bakteria. 36. Acai Dapat Meningkatkan Penghadaman Acai serat makanan membantu usus besar kita dan saluran penghadaman. 37. Acai Dapat Memberikan anda Mental yang lebih Jelas Acai membantu kewaspadaan kita dan fungsi mental dengan lemak omega 3. 38. Acai Menggalakkan Kesihatan Keseluruhan. Dengan antioksidan kuat, acai membantu membangun dan menambahkan kembali tubuh kita. 39. Acai Dapat Bantuan Synergy Tubuh Kita Acai membantu dengan perlindungan seluruh tubuh. Info lanjut:http://zuzila.com/blog/produk/39-kelebihan-dan-kebaikan-acai-berry/ |
Labels:
Barah,
kualiti tidur yang baik,
Sakit Tulang,
Ulcer
Sunday, 1 July 2012
Khasiat Buah Kelapa
Air kelapa: la amat mujarab untuk mengubati pelbagai penyakit dan melegakan kesan-kesan
mabuk akibat keracunan makanan seperti cendawan, udang, ketam dan jering.
Tanda-tanda
seperti muntah, pening, cirit-birit, sakit perut, badan lemah dan gatal-gatal
atau ditumbuhi bintik-bintik merah kerap berlaku akibat keracunan makanan.
Kaedah paling mujarab untuk mengubati kesan-kesan mabuk itu ialah dengan
meminum
segelas air kelapa muda.
Untuk keracunan cendawan, air
kelapa muda hendaklah dicampur dengan
satu sudu makan madu asli.
Air
kelapa juga berkesan untuk mengubati demam
campak, demam kuning dan demam panas.
Bagaimanapun, untuk demam panas, ia
hendaklah dicampur dengan jus
limau nipis. Air kelapa boleh menghitamkan
rambut yang perang. Rambut
disiram dengan air kelapa muda kemudian dibungkus
dengan tuala. Biarkan untuk
setengah jam sebelum
dibilas
dengan air bersih.
Penggunaan
air kelapa muda sebagai bahan awet muda berkesan untuk menyegarkan kulit muka yang
kering, memelihara kesegaran kulit muka serta menghilangkan parut dan kesan
jerawat. Muka dicuci dengan air kelapa
kemudian dibiarkan kering dengan sendirinya sebelum dibilas dengan air bersih.
Santan:
Ia baik
untuk menjaga kesihatan rambut. Santan
melebat, menghitam, melembut dan menyegarkan rambut yang kering.
Pati santan yang diperah daripada kelapa tua dilumur pada rambut dan kulit
kepala. Rambut kemudiannya dibungkus
dengan tuala dan dibiarkan selama sejam sebelum dicuci dengan syampu.
Kaedah
yang sama juga berkesan untuk meluruskan rambut yang keriting tetapi pati
santan hendaklah dicampur dengan jus lmau nipis kemudian dimasukkan ke dalam
peti sejuk hingga permukaannya berkepala seperti krim. Krim itulah yang
dilumurkan ke rambut.
Untuk
mengelakkan rambut beruban, santan pekat yang diperah daripada kelapa tua
dididih hingga keluar minyak. Campur
dengan sedikit halba. Kemudian sapu
ke rambut dan kulit kepala.
Minyak
kelapa: la disapu ke ketiak untuk mengelakkan ketiak daripada berbau busuk.
Bagi mengatasi masalah leher dimakan air vang kerap berlaku di kalangan bayi,
sapukan minyak kelapa di bahagian tersebut atau mana-mana bahagian lipatan yang
dimakan air sebelum disapu bedak.
Luka
akibat terkena pisau juga boleh diubati dengan menggunakan minyak kelapa.
Ambil dua ulas bawang merah, tumbuk hingga halus kemudian campur dengan
minyak kelapa sebelurn dipanaskan di atas api.
Tampal pada luka dan balut dengan kain.
Isi
kelapa: Kelapa diparut kemudian disapu ke bahagian yang tersiram minyak
panas bagi meredakan kesakitan. la juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah
kulit kepala berkeruping. Isi kelapa
dibakar hangus kemudian ditumbuk hingga halus.
Campur dengan sedikit minyak masak kemudian sapu ke bahagian yang
berkeruping.
Mumbang
atau putik kelapa: la digunakan bagi meredakan masalah berhingus di kalangan
bayi. Kunyah bahagian lembut
kemudian tampal ke ubun-ubun bayi. Bisa
tulang juga boleh diubati dengan menggunakan mumbang. la ditumbuk halus kemudian
ditampal ke bahagian yang sakit. Amalkan
tiga kali sehari.
Info Lanjut: http://www.angelfire.com/ar2/aqifhaikal/kelapa.htm
Info Lanjut: http://www.angelfire.com/ar2/aqifhaikal/kelapa.htm
Labels:
Elak Ketiak berbau,
Kecantikan Rambut,
Keracunan.,
Ubati Demam
Subscribe to:
Posts (Atom)