Sunday 19 May 2013

Basmi Hama Tanaman & Kesihatan: Kucai

Sebagaimana tumbuhan herba yang lain,kucai juga kaya dengan pelbagai jenis nutrien & zat pemakanan.Selain menambahkan cita rasa dalam hidangan,ia juga berfungsi untuk menurunkan tekanan darah & meransang nafsu makan.

Daun kucai sangat baik untuk memelihara & menjaga kesihatan buah pinggang. Buah pinggang sebagai organ perkumuhan & ia sangat penting di dalam tubuh kita. Ia dapat mengawal perimbangan kandungan garam & air di dalam badan. Tumbuhan herba ini juga dikatakan dapat mengurangkan masalah keletihan & kelesuan.

Di negara Thailand,biji kucai digunakan sebagai salah satu ubat tradisional untuk merawat sakit gigi. Bagi wanita yang baru melahirkan anak & menghadapi masalah kekurangan susu badan,adalah disyorkan untuk memakan kucai bersama ikan bilis. Gabungan 2 bahan ini dipercayai dapat merangsang pengeluaran air susu.

Selain daripada itu,ada di kalangan petani-petani yang menggunakan kucai sebagai bahan untuk menentang serangga perosak sayuran. Caranya adalah dengan menyeduh daun kucai & kemudiannya didinginkan. Setelah ia disaring,air saringan ini  mampu untuk membasmi hama yang kebiasaannya menyerang tanaman mentimun.

rujukan: http://farahfarzanaroslan.blogspot.com/2012/05/khasiat-buah-buahan-sayur-sayuran.html

Rawatan Luka Akibat Terbakar:Terung

Kesemua bahagian terung termasuk pokoknya,digunakan di dalam perubatan herba.Sesuai dengan sifatnya yang menyejukkan,buah terung menghasilkan beberapa kesan antipyretic,yang dikatakan boleh mengurangkan demam.Dengan memakan terung ,ia boleh meredakan tahap kolestrol darah &sesuai sebagai diet untuk menolong mengawal tekanan darah tinggi. Ia juga akan mengaktifkan peredaran darah & menyejukkan darah.

Buah terung juga boleh dikisar & kemudiannya diminum terutamanya bagi mereka yang tidak lawas semasa membuang air kencing. Ia juga bertindak sebagai julap kerana kandungan seratnya yang tinggi, Selain itu,buah terung adalah anti buasir di mana abu terung yang masih panas lagi(selepas buah terung dibakar ) hendaklah disapu pada dubur. Manakala bagi merawat seseorang yang termakan cendawan beracun,abu terung itu hendaklah disapu pada perut sebanyak 2-3 kali sehari.

Terung juga adalah baik untuk diamalkan oleh wanita mengandung kerana ia membekalkan folate iaitu sejenis vitamin yang menjaga kesihatan janin didalam kandungan. Selain itu,buah terung juga boleh digunakan sebagai ramuan untuk memelihara kejernihan kulit muka.Caranya ialah terung yang telah dikisar,hendaklah disapu ke kulit muka untuk menghilangkan jeragat.

Selain buahnya yang boleh dijadikan sebagai ubat,daunnya juga mempunyai nilai yang tersendiri di dalam perubatan. Air rebusan daun terung boleh diminum untuk menyembuhkan luka & pendarahan dalaman. Daunnya pula boleh dijadikan sebagai penyejuk kepada luka akibat terbakar.Bagi yang mengalami penyakit diabetes,asma,kolera & sakit atau sukar untuk membuang air kecil,bolehlah meminum air rebusan daun terung ini.

Akar pokok terung yang telah ditumbuk lumat,dimasukkan ke dalam lubang hidung untuk menghentikan pendarahan. Bagi masalah sakit gigi,air perahan akar terung boleh disapu pada gigi yang sakit


Selanjutnya:buku tumbuhan herba sumber perubatan tradisional.

Daun kari:Atasi "Morning Sickness"

Kajian ke atas daun kari telah menunjukkan bahawa tumbuhan ini merupakan sumber karbohidrat,protein,asid amino ,alkloid serta zat galian seperti kalsium,fosforus & zat besi.Ia juga mengandungi lemak,serat,serta vitamin A,B & C.

Daun,kulit pokok & akar tumbuhan ini direbus untuk kegunaan sebagai tonik bagi melawaskan fungsi-fungsi di bahagian perut,
menghilangkan rasa senak akibat angin di dalam usus serta bertindak sebagai julap.

Air rebusan kulit pokok daun kari jika diminum akan meninggalkan kesan yang menyejukkan & berkesan untuk menurunkan suhu badan.Ia juga berupaya untuk menghilangkan rasa kebas ,menyembuhkan penyakit buasir serta memulihkan gangguan pengaliran darah.

Campurkan satu sudu kecil jus daun kari dengan jus limau nipis & gula untuk mengatasi rasa loya atau muntah yang sering dialami oleh wanita mengandung pada setiap pagi & juga yang disebabkan ketidakhadaman makanan serta pengambilan lemak yang berlebihan.

Pucuk daun kari yang dicampur dengan madu,berkesan untuk meredakan cirit-birit & juga buasir. Amalan mengambil sepuluh helai daun kari tua pada setiap pagi selama tiga bulan,dikatakan boleh menghalang diabetes yang diwarisi secara keturunan.

Amalan mengambil daun kari juga mampu menghalang uban.Ia juga boleh dimasak dengan minyak kelapa sehingga garing untuk tujuan melebat serta menguatkan rambut.Daun kari juga boleh ditumbuk atau diramas & disapu ke bahagian yang berkenaan untuk menghilangkan bengkak,
kesan-kesan lebam & juga luka.Buah pokok daun kari boleh dimakan.Manakala jus daun kari yang dicampur dengan jus limau nipis dapat meredakan kesakitan akibat sengatan atau gigitan serangga yang berbisa.

selanjutnya:http://khazanahalamkita.blogspot.com/2011/11/kandungan-daun-kari.html
                  :buku tumbuhan herba sumber perubatan tradisional

Friday 17 May 2013

Murah & Berkhasiat :Sayur Salad

Daun salad mengandungi 93.4% air, 2.1% protein,0.3% lemak, 1.2% galian,0.5% serabut & 2.5% karbohidrat. Salad juga boleh mencapai ketinggian dari 30-100sm. bagi salad yang berwarna putih atau sedikit hijau,ia mempunyai kandungan besi,kalsium,beta karotena ,vitamin B1, B2 & vitamin C. Salad banyak digunakan sebagai sayur.Ia dimakan mentah ,digoreng,dicelur & dicampurkan ke dalam lauk yang lain.Dari segi perubatan ,salad juga mengandungi kelebihannya tersendiri.

Selain dimakan mentah,salad boleh direbus untuk dijadikan tonik atau penawar untuk mengeluarkan angin didalam perut & usus.Dengan memakan salad ,anda juga dapat mengurangkan rasa kehausan.Salad amat bagus terutamanya kepada otak,sistem saraf & paru-paru. Jus salad mentah jika diminum,boleh menyejuk & menyegarkan badan. Kandungan magnesium yang tinggi di dalam jus tersebut mempunyai kuasa istimewa untuk memberi tenaga kepada tisu otot,saraf & otak. Apabila membuat jus dari salad adalah lebih baik anda gunakan daun berwarna  hijau tua.Daun putih di bahagian dalam,perlu dipisahkan kerana ia kurang klorofil & kurang kandungan khasiat.

Bagi penyakit sembelit,pilihlah salad sebagai penawar.Ini kerana salad dapat melawaskan proses pembuangan air besar. Anda boleh memakan salad untuk mengubati penyakit diabetes kerana ia kurang mengandungi karbohidrat. Oleh itu,anda bebas memakan sayur yang mengandungi kandungan karbohidrat yang kurang dari 3%.

Kandungan besi di dalam salad juga dapat membekalkan bahan ini terutamanya kepada mereka yang menghidap anemia. Zat besi dari sayur ini dapat diserap dengan mudah oleh tubuh badan jika dibandingkan dengan zat besi yang diperolehi daripada bahan bukan organik yang lain.

Memakan salad mentah ketika mengandung & menyusukan bayi adalah amat berkhasiat kepada wanita. Ini kerana salad mengandungi asid folik yang dapat menghalang anemia ketika mengandung.Selain Itu ,Ia juga dapat merangsang penghasilan susu badan. Minyak daripada biji salad pula dapat mengatasi masalah hati ,melawaskan pembuangan air kecil,merawat sakit pinggang ,bisul,luka & buasir.

rujukan.: http://zieramokhtar.blogspot.com/2010/12/khasiat-sayur-sayuran.html,
              :buku Tumbuhan Herba sumber perubatan tradisional.
             

Delima Mengubati Hidung berdarah


sekiranya anda mengalami hidung berdarah,ambil kulit & isi buah delima & campurkannya dengan sedikit madu.Masakkan delima itu tadi sehingga menghasilkan sedikit minyak.Setelah ia sejuk,sapukan minyak tersebut ke bahagian hidung..

Rujukan :buku Tumbuhan Herba sumber perubatan tradisional yang hebat.

Atasi Serangan Jantung & Asma Dengan Bayam

Bayam atau nama saintifiknya "Amaranthus Tricolor" terdiri daripada beberapa jenis seperti bayam merah,bayam duri ,bayam pasir & bayam itik.Ia boleh dibezakan melalui bentuk ,saiz & warna daun.Seluruh bayam merah & bayam itik misalnya,kaya dengan nutrien makro yang amat diperlukan oleh tubuh seperti asid folik,besi ,kalsium,metionin,nitrat ,oksalat,protein,vitamin A & C.Bayam duri pula,mengandungi pelbagai jenis sebatian kimia seperti alfa spinasterol ,oktakosonoat,asid amino jenis alanin,serin & valin.Sebagai sayur yang berdaun hijau 7 memiliki banyak klorofil,bayam mengandungi unsur caretenoid termasuk beta karotena ,yang mana menurut para saintis ,ia dipercayai dapat mneghindari penyakit kanser.

Menurut ahli pemakanan Jepun, mereka yang banyak memakan bayam akan dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah.Selain itu kekuatan bayam mengelak daripada penyakit ketarak.Khasiat bayam yang paling besar ialah menghindari kita daripada serangan jantung atau strok.Salah satu cara ialah dengan memakan lebih sayur-sayuran & buah-buahan terutamanya yang banyak mengandungi folat & vitamin B.


Kekuatan folat di dalam bayam ternyata mampu melindungi jantung daripada serangan strok yang disebabkan oleh asid amino & homocysteine di dalam darah yang tidak bekerja dengan baik & menurun.Selain itu juga,ia mampu mengurangkan hipertensi(tekanan darah tinggi).

Bayam juga boleh mnejadi ubat untuk rasa letih & lesu apabila pengambilannya diikuti dengan bahan-bahan makanan bersumberkan kalsium.Ia juga mampu memperbaiki sistem pencernaan ,mengubati cirit-birit,membunuh cacing dalam perut,mengubati asma ,penyakit kulit,merangsang pengeluaran haid,bengkak pundi kencing ,penyakit gusi & demam panas. 


 Sayur Bayam ini juga dapat dimanfaatkan untuk keperluan kecantikan ,misalnya untuk rawatan kulit muka .kulit kepala & rambut.Untuk rawatan kulit wajah,dengan hanya mengoleskan campuran sari air bayam & kunyit ,kulit wajah akan tampak bercahaya.Air bayam juga boleh dijadikan bahan untuk merawat kulit kepala & rambut.Jika disapukan pada bahagian itu secara teratur ,rambut pasti akan sembuh sihat,hitam & lebat.

Disebalik kekuatan bayam yang luar biasa ini,terselit kelemahan yang mana kandungan zat besi di dalamnya boleh bertukar menjadi racun jika kita mengolah bayam pada bekas aluminium atau ia dimasak melebihi 5 jam .Kandungan nitrat yang terlalu banyak di dalam bayam juga boleh memudaratkan kesihatan .Oleh itu,jangan biar bayam terlalu lama di atas api kerana kandungan nutrisi yang ada di dalamnya akan terbuang .

Tuesday 14 May 2013

Penawar Demam Campak (Chicken Pox):Air Kelapa Muda

Air kelapa muda adalah sesuai untuk mereka yang baru pertama kali terkena demam campak atau Chicken Pox.

Minumlah air kelapa muda untuk mengurangkan sedikit iritasi demam campak.

Selepas bintik-bintik campak keluar,makanlah kuning telur yang direbus supaya penyakit ini tidak berulang & supaya bias campak akan surut.

 Untuk mengering & menghilangkan kesan campak ,ambillah air cucian beras yang pertama sebagai mandian selama tiga hari.Insya-Allah demam campak akan sembuh.



Rujukan:buku Tumbuhan Herba.(pg:96)

Uniknya Sekecik Duit-Duit

Duit-Duit adalah sejenis tumbuhan yang hidup menumpang pada pokok lain tanpa mendatangkan sebarang mudarat.Duit-Duit atau nama saintifiknya "Drymoglossun Piloselloides Presl" adalah sejenis hidupan subur menjalar dengan akarnya melekat pada kulit pokok besar.Ia membiak melalui spora yang terdapat pada daunnya.

Daun Duit-Duit bersaiz lebih kurang 1sm atau lebih & bertangkai pendek .Bentuknya bulat,tebal & bundar dengan permukaan daun yang berlilin manakala tepinya rata.Daun yang sudah tua berwarna hijau tua.Tumbuhan ini adalah dari jenis tidak berbunga & tidak berbuah.

Seluruh pokok duit-duit berkhasiat sama ada di dalam keadaan segar mahupun yang telah dikeringkan.



Apabila direbus,air rebusannya dipercayai dapat menyembuhkan penyakit kuning ,penyakit kelamin ,masalah sembelit ,batuk,keputihan bagi wanita & bagi penyakit kencing bernanah.

Untuk pemakaian di luar badan ,ia dipercayai amat mujarab dalam menyembuhkan penyakit kulit seperti kudis & kurap.Caranya ialah menumbuk daunnya sehingga lumat lalu dilumurkan pada tempat yang sakit.Tanaman herba ini bersifat sejuk,beralkali,tawar & antitoksik.

Rujukan: Buku Tumbuhan Herba sumber perubatan tradisional yang hebat (pg:62).
 

Segalanya dengan Lidah Buaya(Aloe Vera)

Daun Lidah Buaya panjang.runcing,& tajam dihujungnya.Daunnya tebal kerana di dalamnya mempunyai cecair atau lendir seperti jeli yang berkhasiat & berguna.Tepi daunnya bergerigi & berduri kecil serta pendek.

Keseluruhan daun ,akar & bunga lidah buaya yang segar adalah baik untuk kesihatan.Cecair & lendir yang berada di dalam daunnya dipercayai boleh menyuburkan rambut yang mana ia dilumurkan pada rambut & kemudian dibalut dengan tuala basah.Lakukan selama dua bulan berturut-turut sewaktu hendak tidur.

Lidah Buaya turut berkesan untuk menghilangkan panau dengan cara potong bahagian hujung daun untuk mengeluarkan lendir & sapukannya pada bahagian muka ynag berpanau.Biarkan ia kering seketika ,& bersihkan dengan air bersih,Lakukan 2x sehari sehingga bekas panau hilang.

Bagi wanita hamil,ditegah untuk mengambil jus Aloe Vera kerana ia boleh mengganggu kesihatan pada kandungan.

Kegunaan Lidah Buaya yang selanjutnya:

  1. Lendir Lidah Buaya dapat melentikkan bulu mata jika disapu ke atasnya.
  2. Lendir Lidah Buaya dapat melembab & melicinkan kulit muka serta mampu mematikan pigmen hitam sekiranya disapu pada kulit muka disamping melindunginya dari pancaran ultraviolet.
  3. Lendir lidah Buaya mampu mempercepatkan process penggantian sel,mengelakkan jangkitan,merawat kudis ,gatal -gatal & menghilangkan parut.
  4. Sapukan lendir lidah buaya bersama garam di sekeliling bisul untuk meredakannya,
  5. Jus Aloe Vera juga mampu mengawal tekanan darah tinggi ,kencing manis ,masalah jantung ,luka dalam badan ,buasir ,sembelit ,sakit sendi,ulser & masalah ginjal.