Wednesday 25 July 2012

Anti-Penuaan Dengan 'Skyfruit'

Buah Tunjuk langit @ (Switenia Macrophylla) boleh diamalkan secara tradisional oleh lelaki dan perempuan pada semua peringkat umur untuk mengekalkan kesihatan badan dan juga untuk mengelakkan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan peredaran darah. Kesan pengambilan secara berterusan biji buah ini boleh memulihkan kesihatan tubuh badan secara semula jadi di samping melancarkan peredaran darah ke seluruh badan kita. Apabila kesemua sel menerima oksigen yang secukupnya dan kesemua bahan-bahan toksik luaran dinyahkan, tahap kecergasan akan kembali kepada sediakala dan lebih sihat.
Antara khasiat-khasiat yang terdapat didalam buah tunjuk langit ini sesuai untuk :-
  1. Anti-penuaan
  2. Kekejangan otot
  3. Alahan kulit / Psoriasis
  4. Kurang Bertenaga / Keletihan
  5. Asma / Alahan Pernafasan
  6. Masalah Tidur
  7. Barah / Ketumbuhan
  8. Penyakit Jantung
  9. Gout / Artritis / Gastrik
  10. Penyakit Hati
  11. Haid dan Keputihan
  12. Resdung / migrain
  13. Hubungan Kelamin Strok
  14. Kolestrol tinggi
  15. Sembelit / Buasir
  16. Kencing manis
  17. Tekanan darah tinggi
  18. Kegemukan Tekanan darah rendah
  19. Kesuburan
  20. Tulang Belakang
  21.  
  22. Info Lanjut: http://hairulphoto.blogspot.com/2012/02/buah-tunjuk-langit-dan-khasiatnya.html


Buah Zuriat Untuk Kehamilan

Sebenarnya buah zuriat ini dikenali sebagai buah adam/ buah zuriattin/buah koka. Semuanya sama. ia adalah buah asal dari pokok koka yang sekarang ramai orang dok sibuk beli buat gelang pakai kat tangan.

Pokok koka ini ialah pokok yang Nabi Noh a.s. gunakan untuk membina bahteranya ketika banjir dulu.

Dikatakan buah zuriat ini amat berkhasiat. Bila direbus ia boleh menyebabkan kita hamil dan menyembuhkan lenguh-lenguh badan.

Buahnya sebesar buah ciku tapi rupanya macam buah kurma. Ia adalah amat keras. Kalau nak pecahkan memang kena guna kudrat orang lelaki dengan sebilah parang. Dalamnya macam sabut kelapa.

Cergas Berpuasa

Tubuh mendapat bekalan tenaga daripada makanan karbohidrat seperti roti, nasi, bubur dan kuih-muih.  Karbohidrat bertukar menjadi glukos yang disimpan di dalam hati dan otot-otot dalam bentuk glikogen.

Selain itu, tubuh juga mendapat sumber tenaga daripada pemecahan protein badan yang membentuk glokus melalui proses glukoneogenesis. Bagaimanapun proses ini berlaku apabila simpanan karbohidrat habis digunakan oleh tubuh.

Jadi untuk mengelakkan rasa lapar, letih dan tidak bertenaga semasa berpuasa, anda perlu memaksimumkan simpanan glikogen. Caranya ialah dengan melewatkan sahur, kerana glukos daripada sumber karbohidrat yang dimakan pada waktu sahur akan tahan lebih lama.

Ketika bersahur, ambil makanan yang lambat dihadam seperti nasi, capati, roti jagung, oat, bijirin, roti mil, sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan-makanan ini mengandungi karbohidrat kompleks dan serat yang akan berada lama dalam perut dan melambatkan rasa lapar.


Apabila berbuka pula, lebihkan makanan yang cepat dihadam seperti roti putih, kuih-muih, jus buah-buahan, sup dan bubur. Makanan-makanan ini mengandungi gula dan refined karbohidrat yang cepat dihadam. Kurma adalah contoh terbaik kerana ia mengandungi gula, serat, karbohidrat serta zat galian yang baik untuk kesihatan.

Ia dapat membekalkan sumber tenaga segera. yang diperlukan oleh tisu dan sel dalam tubuh bagi menggantikan bekalan yang digunakan pada siang hari.
Makanan bergoreng atau berlemak boleh menyebabkan ketidakhadaman, seterusnya mengalami pedih hulu hati. Jadi kurangkannya.

Makanan yang terlalu manis pula tidak dapat disimpan lama kerana dihadam terlalu cepat. Jadi jika makan makanan sebegini, tidak hairanlah seseorang cepat terasa letih.

 Makanan berempah dan terlalu pedas juga tidak begitu baik dalam suasana puasa kerana akan merangsang pengeluaran terlalu banyak asid gastrik. Mereka yang mempunyai masalah gastrik elokkan mengelak makanan sebegini.

Sama ada berbuka atau bersahur, makanlah secara sederhana, seimbang dan berkhasiat.
Untuk menghilangkan dahaga pula, elakkan yang berkafein dan air berkarbonat kerana minuman-minuman ini menyebabkan anda lebih kerap membuang air, dan mempercepatkan kehilangan cecair.
Sebaiknya, minum jus buah-buahan yang lebih berkhasiat, susu atau air kosong. Pastikan anda minum banyak air semasa selepas berbuka dan bersahur agar bekalan cecair di dalam tubuh mencukupi.

Selamat Berpuasa!

Info Menarik Mengenai Resipi/Khasiat Semulajadi :

http://www.sajionline.my/index.php/info-makanan/951-bagaimana-kekal-cergas-bertenaga-di-bulan-ramadan.html

Magika di Bulan Ramadan Untuk Diet & Sihat

Kombinasi Solat Tarawih, Puasa Alternatif Amalan Hidup Sihat

Oleh Badli Shah Alauddin

Aktiviti fizikal sederhana berkesan kurangkan lemak terkumpul, lambatkan proses penuaan
KAJIAN mengenai hikmah berpuasa sudah banyak dibuat bukan saja sarjana Islam bahkan pengkaji Barat seperti garapan Steve Meyerowits dalam buku Fasting and Eating for Health, Richard Schult dalam Juice Fasting, the Power of Healing dan Phyllis Balch dalam Prescription for Nutritional Healing.
Semuanya secara tuntas membuktikan kebaikan amalan berpuasa. Selain itu, kajian mengenai kebaikan amalan bersahur juga mula dibuktikan secara ilmiah. Contohnya, kajian semasa menunjukkan makanan paling utama dalam masa 24 jam adalah sarapan.

              
 BBC News bertarikh 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi adalah penting bagi memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain. Kajian Dr Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard mendapati, mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, mendapat sakit jantung dan menghidap penyakit kencing manis.



Kajian sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan yang berkaitan dengan lebihan kadar gula dalam darah berbanding mereka yang jarang bersarapan pagi.
 
Kajian Dr Theresa Nieklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakannya terhadap 700 pelajar dari Louisiana seperti dilaporkan Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001 menunjukkan, mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah dan ini menyebabkan penyakit anemia (penyakit berkaitan kekurangan hemoglobin dalam darah).

Kini, perkembangan teknologi dan ilmu menyebabkan saintis bukan saja berjaya membuat lebih banyak kajian berkaitan manfaat puasa dan sahur, bahkan terhadap amalan tarawih yang lazim dilakukan setiap malam Ramadan.
Ketika berpuasa Ramadan, umat Islam digalakkan menunaikan ibadat solat tarawih secara berjemaah di masjid. Solat tarawih ditunaikan sama ada lapan atau 20 rakaat setiap malam sebenarnya adalah suatu aktiviti fizikal sederhana.

Secara saintifiknya, kesan aktiviti fizikal sederhana dan berpuasa terhadap komposisi badan boleh dinilai dengan menggunakan teknik bioimpedans (BIA). Kajian sekumpulan penyelidik Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya, mendapati ada beberapa kesan positif terhadap kesihatan seseorang yang bersolat tarawih.

Kajian selama 20 hari dilakukan kepada 18 peserta lelaki yang sihat tubuh badan berumur antara 19 hingga 21 tahun, dimulakan pada 30 Syaaban (Pengukuran Analisis Bioimpedans awal) dan berakhir pada 20 Ramadan (pengukuran BIA akhir).

Kajian yang dilaporkan dalam buku berjudul Solat: Kebaikan dari Perspektif Sains itu dijalankan berdasarkan standard dan saranan Persatuan Pemakanan Malaysia (PPM). Menurut PPM, untuk memastikan kesihatan berada pada tahap optimum, seseorang itu bukan hanya perlu  melakukan senaman, juga menjaga pemakanan (diet).

Pergerakan fizikal dalam solat tarawih didapati meningkatkan aktiviti otot badan selari peningkatan kadar metabolisme basal (BMR) daripada nilai purata 1,455 kal kepada 1,486 kal. Juga didapati penurunan nilai jisim lemak badan (FM) sebanyak 21 peratus.

Keadaan ini sebenarnya setara aktiviti senaman aerobik sederhana dan amalan pemakanan seimbang yang boleh mengurangkan lemak badan. Penurunan nilai jisim lemak itu menunjukkan solat tarawih dan berpuasa adalah kombinasi yang boleh menghasilkan kesan sama seperti senaman aerobik sederhana dengan amalan diet seimbang.

Maka, jelas di sini solat tarawih sebenarnya berkesan untuk mengurangkan lemak yang berkumpul dalam badan. Apabila gumpalan lemak dalam badan berkurangan, tisu otot baru akan mula meningkat dan memenuhi ruang. Hasilnya, melambatkan proses penuaan dan kekenduran tisu.
 
Selain itu, solat tarawih mengurangkan nilai glukosa. Lazimnya pergerakan solat tarawih kira-kira 140 minit dalam satu sesi menurunkan kadar glukos dalam badan dengan nyata, keadaan ini sama dengan keputusan jika senaman tahap sederhana dilakukan melebihi 150 minit seminggu.
 
Kesan nilai komposisi badan yang lain ialah pertambahan jisim badan tanpa lemak seperti komponen sel dan tisu yang tiada lipid (lemak) termasuklah air, tulang dan tisu penghubung, menunjukkan tahap kesihatan lebih baik.

Dengan peningkatan BMR, pembakaran lemak dalam badan turut meningkat. Natijahnya, kandungan lemak dalam badan semakin berkurangan dan secara tidak langsung mengurangkan mendakan lemak dalam salur darah membolehkan kekenyalan salur darah meningkat.
 
Bagi sesetengah individu yang sentiasa mengeluh kerana tidak berdaya berjemaah terlalu lama semasa solat tarawih, kajian Dr Yusof Abbas menerusi bukunya Bio-Mekanik Solat sewajarnya dijadikan renungan.

Menurut beliau, kedudukan yang sempurna ketika solat seperti amalan regangan otot dan tendon secara betul ketika mengangkat takbir, meletakkan tangan di dada, ketika rukuk, sujud, duduk antara dua sujud akan memberi kesan positif kepada kesihatan.
 
Semua regangan yang betul ini jika dilakukan dalam tempoh lama akan meningkatkan aliran darah selain aktiviti �kembang kuncup� otot pada bahagian yang terbabit. Ketika sujud, sebenarnya sudah berlaku regangan otot bahu, lengan, belakang badan, punggung, pelvik, peha dan betis.

Malah, akan berlaku juga regangan otot di sekeliling anus dan otot sekeliling pangkal kemaluan lelaki serta otot uterus wanita. Dengan kata lain, ada persamaan regangan otot ketika senaman �batin� yang biasa diamalkan seperti senaman harimau atau teknik tertentu dalam gerakan yoga.

Banyak kajian jelas membuktikan solat tarawih dan berpuasa memberikan manfaat dari sudut kesihatan. Selain itu, kajian juga menunjukkan kombinasi solat tarawih dan berpuasa dari sudut kesihatan tubuh badan adalah bersamaan dengan senaman dan diet. Oleh itu, kombinasi ibadat solat tarawih dan berpuasa boleh menjadi alternatif dalam mengamalkan gaya hidup sihat serta boleh diamalkan bagi individu yang ingin menguruskan badan.

Penulis ialah Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Pahang, kini meneruskan pengajian peringkat Sarjana Sains di Universiti Malaysia Terengganu.
Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Sila lawati ke halaman utama untuk membaca lebih 1952 artikel yang terdapat disini. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila email kami di admin[at]mukmin.com.my, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah. 

info lanjut portal Mukmin:http://www.mukmin.com.my/baca.php?id=1508&kategori=12

Saturday 21 July 2012

Keunikan Acai Berry





1. Acai boleh membantu kualtiti tidur dengan lebih baik
Ini disebabkan ianya mengandungi zat nutrien seperti vitamin B C dan lain-lain lagi, acai berry mampu menurunkan tingkat stress dan membantu komunikasi antara sel-sel diotak. Acai berry mampu melakukan hal ini dengan membantu pembuatan neurotransmitter. Beberapa neurotransmiter adalah serotonin dan dopamin.

2. Acai dapat tingkatkan tahap tenaga anda
Acai berry digunakan oleh atlit terkenal seperti Venus Williams, kerana acai mempunyai banyak nutrisi, terutamanya banyak lipid yang bertanggungjawab untuk meningkatkan tahap tenaga anda. Inilah sebabnya Acai berry boleh digunakan setiap hari untuk meningkatkan tahap tenaga anda.

3. Acai berry dapat mengurangi kolesterol
Acai mempunyai banyak EFA (Essential Fatty Acids). Asid ini mengekalkan kolesterol baik (HDL kolesterol) dan pada masa yang sama, itu akan menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL kolesterol). Kedua-dua tindakan yang dilakukan oleh EFA, akan mengakibatkan jauh lebih baik sirkulasi darah dalam tubuh anda.

4. Acai boleh membantu anda menurunkan berat badan
Jika anda sedang berusaha menurunkan berat badan, maka acai berry amatlah sesuai sekali untuk anda. Acai berry membantu menurunkan berat badan kerana acai berry akan melambatkan rasa lapar dan membantu mengawal nafsu makan. Ini karena acai berry memiliki indek glisemik yang rendah.

5. Acai berry dapat membantu mengurang stress anda
Acai adalah pembantu yang hebat dalam pertempuran melawan stres! Terutamanya kerana acai mampu membetulkan tahap stres dalam badan dan kemudian memperbaikinya.

6. Acai Dapat Meningkatkan Kesihatan Seksual Anda
Acai dikenali kerana mempunyai antioksidan dan anti-inflamasi yang boleh melawan kemandulan yang disebabkan oleh pencemaran udara, stres dan faktor yang berkaitan dengan radikal bebas.

7. Acai Boleh Melegakan Haid Bulanan Wanita
Berita baik bagi wanita! Terutamanya yang mengalami kesakitan haid teruk pada setiap bulan! Acai sangat kaya dengan kalsium dan ia mampu meredakan kesakitan dari kembung dan kram.


8. Acai Dapat Membantu melawan Kerdut dimuka
Acai Juice yang mempunyai kuantiti anthocyanin dan phytisterols yang tinggi dimana boleh melindungi kolagen (dan jaringan tisu lainnya) dan cara ini anda akan melambatkan kerdut yang lebih awal.


9. Minum acai Dapat Membuat Gigi Kukuh
Kalsium diacai bukan hanya baik untuk meredakan kram dan kembung, tetapi juga membantu anda memiliki gigi yang lebih kuat, senyuman yang lebih putih dan juga mencegah gingivitis atau penyakit2 gusi.


10. Acai dan Mata anda
Jus acai membantu meningkatkan visi anda, mengurangkan komplikasi degenerasi makula pada penderita diabetes. Ini kerana vitamin C dan beta karotena yang ada diacai

.
11. Acai Dapat Bantuan Warna Kulit anda
Disebabkan acai mengandungi pitosterol, dengan meminum Acai berry anda akan dibantu mengurangkan kehausan bawah kulit anda di luar lapisan pelindung dan memperbaiki warna kulit anda.


12. Acai Boleh Melewatkan Ketuaan
Acai berry boleh membantu memperlambat penuaan sebab acai mempunyai anti-oksidan yang kuat dan regenerative nitrisi sel ynag membantu untuk beroperasi secara optimum. Ini mungkin salah satu sebab yang paling penting untuk minum jus acai

.
13. Acai Dapat Melindungi Saluran Darah
Dengan meminum Acai berry anda akan melindungi arteri, kapilari, vena dan pembuluh darah. Hal ini mungkin karena anthocyanin yang ada diacai

.
14. Acai Dapat Meningkatkan Daya Tahan dari Penyakit
Disebabkan acai mempunyai banyak nutrisi, Acai berry membantu sistem kekebalan tubuh dan meningkatkan daya tahan tubuh anda untuk segala macam penyakit.


15. Acai Bolehkah Meningkatkan Tahap Lipid dan Glukosa
Acai memiliki indeks Glisemik rendah yang meningkatkan tahap kedua duanya

.
16. Acai Boleh Mengdetoksifikasi Dan Mencuci Tubuh Kita
Acai telah digunakan untuk waktu yang lama sekarang untuk mendetoksifikasi tubuh

 manusia.

17. Acai Mampu Membantuan Masalah Ulser
Disebabkan ia mengandungi antibakteria, acai mampu menghancurkan fungy, bahkan bakteria dan parasit yang mana menyebabkan masalah gastrik

.
18. Acai Mungkin Mampu Mengurangi Risiko Penyakit Alzheimer
Menurut sebuah pada tahun 2004, yang ditemui dalam Archives of Neurology, orang yang minum acai dapat mengurangkan risiko mengidap penyakit Alzheimer kerana acai mempunyai jumlah lebih besar vitamin E dan C.


19. Acai Adakah Penolong Besar Terhadap Osteoporosis
Di sebabkan Acai mempunyai jumlah kalsium meningkat, osteoporosis yang buruk akan cuba menjauhi.


20. Acai Bolehkah Melawan BPH (pembesaran prostat)
Acai adalah musuh ketat BPH (Benign Prostate Hyperplasia). BPH adalah pembesaran prostat.


21. Acai mampu membantu menghalang Retinopathy
Bagi orang-orang yang menghidap diabetes Acai adalah berita gembira, kerana ianya membantu kapilari yang lemah yang boleh mengakibatkan retinopathy dan boleh menyebabkan kebutaan



22. Acai Bolehkah Mencegah Beberapa Penyebab Dari Penyakit Jantung
The acai juice mempunyai agen perlindungan jantung yang kuat iaitu antioksidan bernama polifenol. Produksi Nitric oksida dalam sel endotel ditingkatkan oleh anthocyanin. Oksida nitrik bertanggungjawab untuk relaksasi dan pembesaran dinding saluran darah dan ini bermakna tekanan rendah pada jantung. Lagi menarik, aliran darah anda akan meningkat dan akan menurun risiko penyumbatan saluran darah.


23. Sterols Dari acai Dapat Membantu Menurunkan Tekanan Darah anda
Para sterol bertanggungjawab untuk banyak hal-hal yang baik bagi tubuh anda. Sterol merupakan komponen membran sel tanaman. Ianya digunakan dalam hal-hal yang berkaitan pengubatan dengan tekanan darah

.
24. Acai Dapat Membantu melegakan simptom Asma
Acai mampu meningkatkan gejala asma kerana mempunyai banyak vitamin C yang merupakan antioksidan yang sangat kuat. Vitamin C memiliki bahan anti-inflamasi yang membantu menghilangkan gejala asma



25. Acai Dapat Bantuan Juga Lapangkan Gejala Dari Crohn’s Disease
Acai mengandungi bahan anti-flamatori, ia mampu menghentikan malabsorpsi zat nutrisi yang penting bagi tubuh. Dengan cara ini, acai mencegah kerosakan pada dinding usus kecil anda.


26. Acai Mamput Membantu Menghilangkan Rasa Sakit Arthritis
Sekali lagi, kemampuan anti-inflamasi acai boleh membantu menghilangkan rasa sakit disebabkan oleh arthritis.


27. Acai Dapat Membantu Mencegah Kerosakan Free-Radical di Sistem Kekebalan (immune)
Pengoksidaan (radikal bebas) merupakan salah satu punca utama kelemahan kekebalan (disfungsi). Acai melawan ini dengan ketangguhan sistem kekebalan tubuh.


28. Acai Juga Bertindak Seperti Astringen
Astringen adalah bahan yang tirus, kontrak, mengencangkan tisu seperti kulit kita. Astringen dimanfaatkan untuk menghentikan pendarahan dari luka kecil dan untuk diberikan kepada kulit yang segar, kesemutan.


29. Acai Dapat Memerangi Kanser
Acai mencegah dan menurunkan risiko kanser. Acai melawan kanser payudara, kulit, perut, kanser paru-paru dengan meneutralkan radikal bebas sebelum mereka boleh merosakkan sel-sel.


30. Acai Bolehkah Mengatasi Acid Reflux!
Antioksidan diacai mampu membantu melindungi dan memperbaiki kerongkong lebih rendah ketika ianya dirosak oleh asid Reflux disease (GERD). Acai juga mengurangkan keasidan isi perut ketika berlaku refluks. Ini kerana, acai mempunyai kesan supresi asid.


31. Acai Dapat Menguatkan Tubuh anda
Acai lebih banyak protein dari telur ayam dan mampu membantu tubuh anda lebih kuat.

32. Acai Bolehkah Meningkatkan Kontraksi Otot Dan Regenerasi
Acai mempunyai campuran mineral dan asid amino yang membolehkan membantu tindakan kontraksi otot dan regenerasi selepas aktiviti yang meletihkan.


33. Acai Bolehkah Meningkatkan Fungsi Sel-sel ‘Immune’ (kekebalan)
Menurut kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Sports Medicine, acai meningkatkan fungsi sel-sel kekebalan oleh limfosit memodulasi kekebalan tubuh dan mencegah penekanan. Ini semua disebabkan oleh beta-Sitosterol yang ada dari acai.

34. Acai BolehBerindak sebagai Anti-mutagenik
Acai membantu dalam pencegahan kerosakan struktur DNA kita dan mengurangkan risiko yang mungkin ditimbulkan oleh mutagen



35. Acai Dapat Melawan Virus
Acai mengurangkan kekerapan penyakit berjangkit seperti virus, fungi atau jangkitan bakteria.


36. Acai Dapat Meningkatkan Penghadaman
Acai serat makanan membantu usus besar kita dan saluran penghadaman.


37. Acai Dapat Memberikan anda Mental yang lebih Jelas
Acai membantu kewaspadaan kita dan fungsi mental dengan lemak omega 3.


38. Acai Menggalakkan Kesihatan Keseluruhan.
Dengan antioksidan kuat, acai membantu membangun dan menambahkan kembali tubuh kita.


39. Acai Dapat Bantuan Synergy Tubuh Kita
Acai membantu dengan perlindungan seluruh tubuh.


Info lanjut:http://zuzila.com/blog/produk/39-kelebihan-dan-kebaikan-acai-berry/






Sunday 1 July 2012

Khasiat Buah Kelapa

Air kelapa: la amat mujarab untuk mengubati pelbagai penyakit dan melegakan kesan-kesan mabuk akibat keracunan makanan seperti cendawan, udang, ketam dan jering.

Tanda-tanda seperti muntah, pening, cirit-birit, sakit perut, badan lemah dan gatal-gatal atau ditumbuhi bintik-bintik merah kerap berlaku akibat keracunan makanan. Kaedah paling mujarab untuk mengubati kesan-kesan mabuk itu ialah dengan meminum segelas air kelapa muda. Untuk keracunan cendawan, air kelapa muda hendaklah dicampur dengan satu sudu makan madu asli.

Air kelapa juga berkesan untuk mengubati demam campak, demam kuning dan demam panas. Bagaimanapun, untuk demam panas, ia hendaklah dicampur dengan jus limau nipis. Air kelapa boleh menghitamkan rambut yang perang. Rambut disiram dengan air kelapa muda kemudian dibungkus dengan tuala.  Biarkan untuk setengah jam sebelum dibilas dengan air bersih.

Penggunaan air kelapa muda sebagai bahan awet muda berkesan untuk menyegarkan kulit muka yang kering, memelihara kesegaran kulit muka serta menghilangkan parut dan kesan jerawat. Muka dicuci dengan air kelapa kemudian dibiarkan kering dengan sendirinya sebelum dibilas dengan air bersih.

Santan: Ia baik untuk menjaga kesihatan rambut. Santan melebat, menghitam, melembut dan menyegarkan rambut yang kering.  Pati santan yang diperah daripada kelapa tua dilumur pada rambut dan kulit kepala. Rambut kemudiannya dibungkus dengan tuala dan dibiarkan selama sejam sebelum dicuci dengan syampu.

Kaedah yang sama juga berkesan untuk meluruskan rambut  yang keriting tetapi pati santan hendaklah dicampur dengan jus lmau nipis kemudian dimasukkan ke dalam peti sejuk hingga permukaannya berkepala seperti krim. Krim itulah yang dilumurkan ke rambut.

Untuk mengelakkan rambut beruban, santan pekat yang diperah daripada kelapa tua dididih hingga keluar minyak.  Campur dengan sedikit halba.  Kemudian sapu ke rambut dan kulit kepala.

Minyak kelapa: la disapu ke ketiak untuk mengelakkan ketiak daripada berbau busuk. Bagi mengatasi masalah leher dimakan air vang kerap berlaku di kalangan bayi, sapukan minyak kelapa di bahagian tersebut atau mana-mana bahagian lipatan yang dimakan air sebelum disapu bedak.
Luka akibat terkena pisau juga boleh diubati dengan menggunakan minyak kelapa.  Ambil dua ulas bawang merah, tumbuk hingga halus kemudian campur dengan minyak kelapa sebelurn dipanaskan di atas api.  Tampal pada luka dan balut dengan kain.

Isi kelapa: Kelapa diparut kemudian disapu ke bahagian yang tersiram minyak panas bagi meredakan kesakitan. la juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah kulit kepala berkeruping. Isi kelapa dibakar hangus kemudian ditumbuk hingga halus.  Campur dengan sedikit minyak masak kemudian sapu ke bahagian yang berkeruping.

Mumbang atau putik kelapa: la digunakan bagi meredakan masalah berhingus di kalangan bayi.  Kunyah bahagian lembut kemudian tampal ke ubun-ubun bayi.  Bisa tulang juga boleh diubati dengan menggunakan mumbang. la ditumbuk halus kemudian ditampal ke bahagian yang sakit. Amalkan tiga kali sehari.

Info Lanjut: http://www.angelfire.com/ar2/aqifhaikal/kelapa.htm

Saturday 30 June 2012

Mukjizat Kurma Ajwa

ADAKAH berat badan anda berkurang atau makin bertambah menjelang Aidilfitri? Kedua-dua keadaan ini boleh berlaku disebabkan tabiat pemakanan sepanjang Ramadan. Namun lebih ramai yang cenderung menambah berat badan gara-gara membeli makanan tidak menilai keperluan tetapi lebih kepada selera.

Amalan pemakanan Rasulullah SAW iaitu dengan mengambil kurma dan madu sepatutnya menjadi contoh.

Menurut Pengarah Eksekutif pengedar utama kurma Ajwa dan madu Sidr asli, Rasa Resources Sdn. Bhd., Abdullah Abdul Jalil, kurma adalah makanan organik sempurna kerana ia sejenis buah yang mengandungi pelbagai mineral dan vitamin, kaya dengan antioksidan seperti beta-karotena, lutein dan zeaxanthin.

''Antioksidan mempunyai keupayaan untuk membantu melindungi sel dan struktur lain dalam tubuh agar bebas daripada radikal oksigen dan mencegah penyakit seperti kanser kolon, prostat, payu dara, endometrium, paru-paru dan pankreas," ujarnya.

Kurma Ajwa mempunyai fadilat seperti menguatkan urat perut, mengendurkan urat saraf dan melembutkan perangai.

Ajwa sejenis kurma lembut dan kering yang ditanam di kota Madinah. Dalam sejarah ada menyebut, kurma Ajwa yang pertama ditanam oleh Rasulullah SAW di tanah berhampiran Masjid Quba, Madinah.

DisembuhkanMenurut Abdullah, madu Sidr pula paling jarang ditemui dan mempunyai nilai yang tinggi. 
"Ia memang sentiasa dicari oleh pencinta madu kerana rasanya yang unik di samping banyak faedah kesihatan," katanya.

Tambah Abdullah, madu ini daripada lebah yang hanya memakan bunga daripada pokok Sidr yang berasal dari Hadramaut, Yemen.

Ia cecair pekat yang telah menjadi sebahagian daripada perubatan tradisional bangsa Arab, Syria, Cina, Greek dan Rom kuno untuk merawat luka dan penyakit usus.

Tokoh perubatan Islam, Ibnu Sina turut menyenaraikan insomnia sebagai antara penyakit yang boleh disembuhkan melalui pengambilan madu .

Biarpun tidak terbukti secara saintifik bahawa madu dapat menyembuhkan insomnia, terdapat enam jurnal perubatan yang menggambarkan madu sebagai sumber yang mempunyai unsur antibiotik.

Dalam pada itu, Rasa Resources turut menerima tempahan hamper atau cenderahati kurma Ajwa dan madu Sidr sempena Ramadan dan hari raya yang akan tiba tidak lama lagi.


info selanjutnya: www.rasaquest.com

Khasiat Kekacang

Kekacang dan legum diambil sebagai sumber protein menggantikan daging. Ia juga membantu menstabilkan paras glukos dalam darah, menyeimbangkan tindak balas elektrolit dalam tubuh dan meningkatkan kadar metabolisme serta fungsi tubuh dan otak.

Merujuk fahaman orang Timur, kesemua fungsi ini dikawal oleh buah pinggang dan kelenjar adrenal.  Kerana itu kekacang dan legum juga dikelaskan sebagai makanan penyokong buah pinggang. Untuk mengoptimumkan pengambilan khasiatnya, kekacang seeloknya dimasak dengan minyak atau diambil bersama makanan berasaskan minyak. Misalnya, orang Arab memasak kacang kuda menjadi hummus (dicampur minyak zaitun), orang Jepun masak dengan rumpai laut dan minyak rumpai laut manakala orang Mexico memasak bersama minyak dan cili.

Kacang soya

Mengandungi asid amino dan sumber protein terbaik. Kacang soya seeloknya dijadikan minuman atau dimasak ketika pucuknya tumbuh seperti tauge. Untuk memasak kacang soya, rendam selama enam hingga lapan jam. Kemudian rebus dalam air yang ditapis. Kacang soya tidak boleh dimakan mentah kerana ia keras dan mungkin mengandungi toksik.


Fungsi: Mengekalkan kesihatan pankreas dan hempedu, meningkatkan perjalanan darah dan penglihatan, meningkatkan kuantiti susu badan, menyingkirkan toksin dan keracunan makanan, bertindak sebagai diuretik, mengelak loya dan masalah kulit serta sembelit.




Kacang soya hitam

Fungsi: Melindungi limpa dan pankreas, menggalakkan perjalanan darah, menyeimbangkan paras elektrolit dalam badan, mengelak masalah batu karang, bertindak sebagai diuretik, melegakan radang, menggalakkan metabolisme, mengurangkan masalah sakit belakang, mengelakkan osteoporosis, sakit di lutut, kejang dan juga radang pada saluran kencing.

Kacang hijau

Asal dari Pakistan, kini boleh didapati di kebanyakan negara Asia Tenggara. Mengandungi karbohidrat, fiber, protein, vitamin dan mineral terhidrat.

Fungsi: Meneutralkan toksin dalam tubuh, menyeimbang kesihatan hati dan hempedu; mengurangkan radang, melegakan jangkitan salur kencing, mengurangkan pengumpulan air, tekanan darah tinggi, asid gastrik dan masalah jantung serta darah.

Dhal

Mengandungi 26 peratus protein.

Fungsi: Meningkatkan metabolisme buah pinggang, menyuburkan perjalanan darah ke jantung dan mengekalkan fungsi otot serta kepadatan tulang.



Kacang kuda

 Sumber terbaik zink, folat, protein, fiber, karbohidrat dan rendah lemak.
Fungsi: Mengekalkan kesihatan pankreas, usus kecil dan jantung; menyeimbangkan sistem hormon tubuh.



 info lanjut: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0516&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_03.htm

Keajaiban Misai Kucing




Dikatakan pokok ini mempunyai ciri2 anti alahan, mengurangan tekanan darah, antiperadangan dan melawaskan air kencing.Ia juga boleh mengubati sakit buah pinggang yg belum sampai peringkat serius.Jika digunakan sebagai ubat batu karang resipinya adalah segenggam daun misai kucing,7 pokok dukung anak,10 helai daun ngokilo,10 hirisan temulawak dan 4 butir jagung muda. Rebus dgn 4 gelas air hingga mendidih. Minum air rebusan itu untuk satu hari.







info lanjut::
 http://bertanamlah.blogspot.com/2010/03/khasiat-daun-misai-kucing.html?spref=bl

Rahsia Disebalik Durian



Salam semua. Kali ini saya nak menyampaikan khasiat durian belanda. Masih ramai yang tidak tahu akan kelebihannya terutama dalam rawatan atasi kanser.Yang saya terkejut, ia mempunyai kekuatan 10,000 kali ganda rawatan kanser kemotherapi.


Ramai yang tidak tahu batang, akar, biji dan buah durian belanda (annona muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.



 Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.

Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong. Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing.

Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis. Begitu juga, suku Orang Asli di Guyana membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati.

Mereka juga mendapatkan minyak daripada daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.

Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-birit.

 Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.

Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyana digalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.

Dari segi perubatan moden, kajian kedua-dua universiti mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf.

 Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.



Rahsia Bawang Putih


  • Kelebihan bawang putih untuk mengawal tekanan darah, kencing manis, ulser dan cirit birit 

 Percaya tak bawang putih yang kita sering buat bahan tumisan tu mempunyai pelbagai khasiat semulajadi. Bukan sekadar merawat sakit-sakit biasa, malah penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, ulser, cirit birit dan sebagainya. Berikut adalah penerangan mengenai bawang putih dan bagaimana ia bertindak sebagai penawar untuk merawat pelbagai jenis penyakit.   

  •   Bawang Putih dalam rawatan Tekanan Darah 
  Ada laporan yang mengatakan, beratus-ratus ahli perubatan mendapati bahawa bawang putih adalah salah satu tumbuhan yang paling selamat dan boleh diharapkan untuk melegakan masalah tekanan darah tinggi. Ini kerana bawang putih memenuhi semua keperluan agen terapeutik yang baik untuk mengurangkan tekanan darah. Malah menurut pengarang buku yang bertajuk " My Experience with Living Food " menyatakan bawang putih telah menurunkan tekanan darah tinggi dan menaikkan tekanan darah apabila berada di tahap yang rendah.
  •   Bawang putih dalam rawatan Diabetis @ kencing manis  
figure:Diabetes Mellitus
Seseorang yang mendapat penyakit kencing manis mempunyai asid yang berlebihan (asidosis) dan asidosis ini akan bertindak mengambil kalium dari tubuh sehingga boleh berlaku keadaan tidak sedarkan diri atau koma pada pesakit. Bawang putih pula mengandungi galian-galian yang tertentu yang terbukti bernilai dalam metabolisme karbohidrat. Bawang putih kaya dengan kalium, 529 mg bagi setiap 100 gm. Selain kalium, bawang putih juga kaya dengan zink, mangan dan sulfur dan ke semua galian ini berupaya dalam merawat penyakit kencing manis.  
  • Bawang Putih dalam rawatan Ulser 
    figure:ulcer
 Bawang putih yang mengandungi vitamin C adalah baik dan berupaya untuk merawat masalah ulser. Beberapa orang penyelidik telah menunjukkan bahawa vitamin C adalah baik untuk kes-kes ulser. Kekurangan vitamin C akan menyebabkan ulser perut dan duodenum.
  •  Bawang Putih dalam rawatan Cirit Birit 
 Bawang putih berkesan dalam mengubati cirit birit dengan bertindak dalam tiga cara iaitu menenang, membersih dan mengurangkan inflamasi. Bawang putih seakan-akan mempunyai kesan dadah. Bawang putih membuatkan sakit perut, cirit birit dan sakit usus sembuh tanpa menyebabkan sembelit.Selain dari ini, bawang putih juga baik dan berkesan dalam terapi untuk merawat penyakit yang berkaitan permasalahan wanita, arthritis, anemia, sakit perut, pernafasan dan kolestrol.

 sumber: http://miorbiz.com/khasiat-durian-belanda-kekuatan-1000-kali-ganda-kemotherapi-rawatan-kanser/

Saturday 16 June 2012

Rahsia Timun Jepun

Kebaikan sayur zucchini atau timun Jepun
  • mengandungi Vitamin C dan lutein yang menggalakkan kesihatan mata
  • mempunyai kalori rendah yang baik untuk orang-orang yang ingin menurunkan berat badan. Satu timun Jepun mempunyai hanya 25 kalori atau lebih kurang 15 kalori setiap 100g
  • membantu menyembuhkan asma kerana ia mengandungi Vitamin C
  • membantu untuk mencegah penyakit seperti skurvi, lebam dan sebagainya, yang disebabkan oleh kekurangan Vitamin C
  • apabila diambil secara berterusan boleh berkesan merendahkan tahap homocysteine ​​yang tinggi
  • menghalang risiko yang mempunyai multiple sclerosis (MS)
  • Kandungan air yang tinggi pada timun Jepun adalah sempurna bagi mereka yang berdiet 
  • mengandungi jumlah baik folat, kalium, dan vitamin A penting untuk kesihatan yang baik
  • boleh membantu melindungi daripada kanser kolon (kanser dalam perut)http://kongsibersamanora.blogspot.com/2011/10/khasiat-bunga-zucini-dan-buahnya-baik.html

Kelebihan Menggunakan Inai



 Inai membantu mengekalkan kulit yang lembut dan bersih. Oleh itu penggunaan bahan kimia harus dielakkan. Ciri2 perubatan inai:
- boleh melarut
- sejuk dan kering.
Di antara kelebihannya termasuklah rawatan kebakaran, bengkak bernanah, masalah pigmentasi dan pelbagai masalah anggota badan yang lain. Merawat luka menggunakan inai mempunyai kesan yang sama seperti perubatan moden. Kegunaan inai:-

1. Merawat kebakaran di peringkat awal menggunakan inai serbuk.
Kelebihannya:
-Mengurangkan kesakitan
- Mengurangkan kehilangan bendalir
- Mengurangkan jangkitan/infeksi

2. Merawat luka yang parah serta memeliharanya daripada bakteria menggunakan campuran inai serbuk dengan air biasa.

3. Menghentikan pendarahan menggunakan inai serbuk seperti pendarahan hidung.

4. Membasmi virus pada kulit yang melecuh menggunakan inai serbuk dengan air mendidih.

5. Memelihara kaki pesakit kencing manis menggunakan campuran

4 paket inai serbuk bersama 2 botol minyak zaitun. Ratakan pada bahagian kaki yang terlibat, biarkan seharian, dan amalkan selama sebulan. Kelebihannya:

- Menyembuh rekahan dan retakan pada kaki serta mengurangkan infeksi
- Mencantikkan kulit kaki
- Melambatkan kesan pada saraf

6. Merawat bengkak bernanah, kudis buta, gatal2 dan kurap menggunakan inai serbuk dengan air mendidih.

7. Merawat kanak2 yang menghidap demam campak/cacar air menggunakan ½ paket inai serbuk dengan 2 cawan air mendidih selama 4 hari.

8. Menghapuskan masalah kaki menggunakan campuran serbuk inai dengan minyak zaitun selama 5 hari.

9. Membetulkan pusingan haid / darah penyakit menggunakan inai serbuk dengan minyak zaitun dan diletakkan di tapak tangan semalaman selama seminggu.

10. Memulihkan kecacatan kuku akibat jangkitan kuman menggunakan campuran 2 sudu besar inai serbuk dengan 4 oz cuka.

11. Menyembuhkan penghidap demam kuning dan kusta menggunakan campuran 4 paket inai serbuk
dalam tub mandi dengan air mendidih dan dibiarkan sehingga suam. Berendamlah selama 10 minit dan amalkan setiap hari selama 2 minggu.

12. Menginaikan rambut menggunakan campuran ½ paket inai serbuk dengan 2 cawan air mendidih. Ratakan pada rambut, bungkus rambut dengan plastik ("shower cap" dan biarkan selama 3 jam atau lebih. Kelebihannya:
- Menguatkan akar rambut
- Memberi kilauan pada rambut
- Menghilangkan kelemumur
- Melembut dan memelihara rambut
- Memberikan ketenangan kepada pesakit jantung
- Menghilangkan ketegangan, kerisauan, keletihan dan kesukaran untuk tidur

13. Kelebihan menginaikan muka/anggota badan lain dengan campuran 2 sudu besar inai serbuk dengan 3 sudu besar air mendidih. Ratakan pada muka/anggota lain, biarkan selama ½ jam atau sehingga kering dan cuci dengan air. Ulangi setiap hari.
Kelebihannya:
- Melindungi kulit dari cahaya matahari
- Memberi warna pada kulit seperti sopak, panau dll (amalkan selama 2 minggu)
- Merawat jerawat dan jeragat (amalkan selama seminggu)
- Mengekalkan kulit yang lembut dan bersih


 sambung baca : http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=18168

Khasiat Semulajadi Mengkudu(Noni)

Khasiat Buah Mengkudu diantaranya :

Menstabilkan tekanan darah dan aras kolestrol - otot jantung.
Gangguan dalam tubuh - kencing manis, sakit kepala, ginjal, buah pinggang, pundi kencing, pundi hempedu dan tiroid Mencegah pertumbuhan sel kanser dan tumor.
Sistem pernafasan - resdung, asthma, bronkitis, hingus meleleh, batuk, sakit tekak, batuk kering, kolera dan bayi yang demam selsema.
Gangguan penghadaman - perut kembung, ulcer, gastrik, cirit-beret, muntah-muntah, tidak hadam, buasir, keracunan makanan.
Mulut dan Tekak - radang tekak, sakit gusi dan sakit gigi.
Sakit tulang dan sendi - terseliuh dan gout.
Penyakit kulit - bisul, luka, kurap, radang, ulser kulit.
Sakit puan - senggugut, gangguan haid.
Menghilangkan gatal - celah kelangkang, pelipatan, ulat air dan penyakit kulit.
Memulihkan kesan umum penuaan (awet muda).
Menghilangkan ketagihan dadah dan rokok.
Membantu sistem kesuburan lelaki dan wanita.
Meredakan kesakitan (analgesik).
Meningkatkan tenaga tubuh badan.
Mengurangkan stress (tekanan)
Anti-oxidant

Selanjutnya; http://www.wangcyber.com/forum/archive/t-47072.html

Saturday 9 June 2012

khasiat Pisang

Menurut Persatuan Pisang Antarabangsa,  pisang mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat. Penyelidikan yang dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit. Seribu satu khasiat pisang kurniaan Allah kepada manusia. Tidak hairanlah pisang amat popular di kalangan atlet kerana ia membekalkan tenaga yang cukup ketika mereka beraksi dalam apa saja pertandingan sukan.

Pisang adalah buah yang paling digemari penduduk seluruh dunia. Ia juga mampu menawarkan penyakit dan boleh membantu dalam kesihatan manusia.

Daun pisang

# Digunakan sebagai alas makanan kerana menghasilkan bau yang harum apabila terkena makanan yang panas.

# Digunakan sebagai pelindung hujan

# Pembalut kuih atau masakan seperti ikan bakar atau kuih lepat.

# Batang pisang

# Digunakan untuk membuat rakit.

# Mempunyai gentian yang banyak dan boleh diproses secara perdagangan untuk membuat tali dan bahan seumpamanya seperti guni.

Buah pisang

# Boleh dimakan masak atau diambil semasa muda untuk dimasak sebagai lauk, digoreng, dibuat sira, dibuat pengat, dan dijadikan kerepek.

Jantung pisang

# Dibuat sebagai ulam selepas dicelur.

Khasiat pisang dari sudut kesihatan

# Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.

# Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak dan sodium yang membantu merendah kolestrol.

# Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.

# Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Oleh kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

# Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.

# Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap.

Wednesday 6 June 2012

Kebaikan Coklat


Coklat bukan sahaja sejenis makanan yang berkhasiat tetapi juga menyumbang kepada pemakanan yang seimbang berdasarkan kepada asas pemakanan berikut:-

  • Lemak merupakan 35% pengambilan tenaga secara purata
  • Protein kira-kira 15% daripada pengambilan tenaga
  • Karbohidrat kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga
Maka coklat boleh menyumbangkan:-
  • 15% Lemak
  • 6% Protein
  • 17% Karbohidrat
  • 15% Tenaga
  • ++ Vitamin dan Mineral yang diperlukan

Lemak koko dalam coklat mengandungi 38.2% asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah. Sementara asid sterik iaitu asid lemak tepu yang terkandung di dalam lemak koko pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol.


Melalui kajian  yang dijalankan didapati bahawa coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalik.Tannin ialah sejenis bahan yang menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak dan asid di dalam mulut. Asid yang terhasil daripada proses pemecahan makanan oleh bakteria merupakan punca kerosakan gigi. Plak adalah sisa-sisa makanan yang melekat pada gigi akibat tindakan bakteria.
Kasein di dalam coklat sus pula bertindak mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak dan seterusnya mengurangkan pengeluaran asid.
Kasein juga membantu dalam pertumbuhan gigi.
Asid oksalik merencatkan pengeluaran enzim bakteria dan seterusnya menghalang pengeluaran asid.


Lemak kok yang merupakan bahan asas di dalam coklat mempunyai ciri-ciri kecairan yang membolehkan ia mudah cair di dalam mulut. Pertumbuhan plak gigi terhalang kerana coklat tidak tersimpan lama di dalam mulut.



Coklat dan serbuk koko mengandungi phenol sejenis bahan kimia yang membantu mengurangkan risiko sakit jantung. Phenol bertindank dengan menghalang lemak seperti zat di dalam aliran darah daripada teroksida dan menyumbat arteri.


Coklat mengandungi nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan padat. Oleh itu, ia amat sesuai dijadikan makanan gantian semasa menjalankan aktiviti luar seperti mengembara, mengikuti ekspedisi pendakian, bersukan serta aktiviti-aktiviti rekreasi yang lain. Coklat merupakan bekalan makanan mudah yang boleh dimakan bila-bila masa dan di mana jua.


    Sumber:   http://drrozmey.wordpress.com/2010/01/29/kebaikan-coklat/