Showing posts with label rawatan muka. Show all posts
Showing posts with label rawatan muka. Show all posts

Friday 6 May 2016

Tomato : Cantik & Sihat cara JIMAT.





Mungkin masih ramai yang kurang gemar untuk memakan buah tomato sebab struktur dia yang lembut & lembik,boleh buat kita rasa loya.Namun begitu,tanpa kita sedar sebenarnya buah tomato juga mempunyai khasiat tersendiri untuk kesihatan dalaman dan kecantikan kita.

Jadi,kalau tidak boleh nak telan buah tomato tu,kita boleh aje buat jus ,kisar dengan kulitnya sekali sebab kebanyakan kulit buah yang nipis ini,mengandungi banyak vitamin yang sangat diperlukan oleh tubuh kita.Saya sendiri mengamalkan jus tomato yang dikisar bersama timun Jepun.

Dari segi kesihatan,memakan atau minum jus tomato boleh mengurangkan masalah tekanan darah dan kencing manis.Tomato juga amat baik untuk meningkatkan kesihatan  sistem organ dalaman kita seperti organ usus & buah pinggang.Pengambilan buah tomato secara konsisten boleh  memperbaiki proses pencernaan kita dan masalah sembelit.Mengamalkan minum jus buah juga baik untuk mengelakkan masalah sakit kepala akibat cuaca panas.

 Buah Tomato sangat baik untuk memelihara kecantikan kulit dan rambut kita secara semulajadi.tambahan pula,kita boleh menjimatkan duit daripada membeli produk yang mahal dan kurang berkesan,yang paling penting tinggi bahan kimia yang merbahaya pada kulit dan tubuh badan pada masa depan.Mungkin hasil penggunaan produk tersebut amat memuaskan hati sebab hasilnya dalam jangka masa singkat ,namun kesan buruk penggunaan akan dapat kita lihat pada jangka masa lama.Kulit menjadi gelap.banyak geragat,dan mengelupas.

Khasiat yang ada pada buah tomato,dapat memberi manfaat pada kulit ,rambut dan tubuh badan secara menyeluruh jika dibandingkan produk yang dijual.Buah tomato dipercayai boleh melicinkan wajah,menggurangkan garis halus,mengecutkan jerawat & mencerahkan kulit wajah.Salah satu perubahan yang saya alami sejak mengamalkan jus tomato,rambut saya menjadi lembut dan kurang keguguran rambut jika dibandingkan sebelum mengamalkan jus tomato.

Caranya sangat mudah,tomato yang dikisar untuk dijadikan jus ,kita boleh ambil sedikit jus tersebut lalu dicampurkan dengan tepung pulut dan tepung beras dan ditambah dengan kunyit.Tepung pulut sangat sesuai dijadikan masker sebab tidak mudah hancur bila mask tersebut dah kering.Saya sendiri menggunakan tepung pulut sebagai bahan asas buat masker tomato.Jadi saya boleh guna masker itu semasa tidur.Esok pagi,basuh muka dengan air suam.

Untuk menjagakan kesihatan dan kecantikan dari dalam,saya mengamalkan meminum jus tomato ini pada waktu pagi sebelum sarapan & waktu malam pula saya minum jus epal + timun sejam selepas makan malam.
Bila dah terbiasa minum jus,kita akan jadi rajin untuk buat jus sebab akan rasa hari tidak lengkap tanpa jus.hehheh.

Friday 17 May 2013

Atasi Serangan Jantung & Asma Dengan Bayam

Bayam atau nama saintifiknya "Amaranthus Tricolor" terdiri daripada beberapa jenis seperti bayam merah,bayam duri ,bayam pasir & bayam itik.Ia boleh dibezakan melalui bentuk ,saiz & warna daun.Seluruh bayam merah & bayam itik misalnya,kaya dengan nutrien makro yang amat diperlukan oleh tubuh seperti asid folik,besi ,kalsium,metionin,nitrat ,oksalat,protein,vitamin A & C.Bayam duri pula,mengandungi pelbagai jenis sebatian kimia seperti alfa spinasterol ,oktakosonoat,asid amino jenis alanin,serin & valin.Sebagai sayur yang berdaun hijau 7 memiliki banyak klorofil,bayam mengandungi unsur caretenoid termasuk beta karotena ,yang mana menurut para saintis ,ia dipercayai dapat mneghindari penyakit kanser.

Menurut ahli pemakanan Jepun, mereka yang banyak memakan bayam akan dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah.Selain itu kekuatan bayam mengelak daripada penyakit ketarak.Khasiat bayam yang paling besar ialah menghindari kita daripada serangan jantung atau strok.Salah satu cara ialah dengan memakan lebih sayur-sayuran & buah-buahan terutamanya yang banyak mengandungi folat & vitamin B.


Kekuatan folat di dalam bayam ternyata mampu melindungi jantung daripada serangan strok yang disebabkan oleh asid amino & homocysteine di dalam darah yang tidak bekerja dengan baik & menurun.Selain itu juga,ia mampu mengurangkan hipertensi(tekanan darah tinggi).

Bayam juga boleh mnejadi ubat untuk rasa letih & lesu apabila pengambilannya diikuti dengan bahan-bahan makanan bersumberkan kalsium.Ia juga mampu memperbaiki sistem pencernaan ,mengubati cirit-birit,membunuh cacing dalam perut,mengubati asma ,penyakit kulit,merangsang pengeluaran haid,bengkak pundi kencing ,penyakit gusi & demam panas. 


 Sayur Bayam ini juga dapat dimanfaatkan untuk keperluan kecantikan ,misalnya untuk rawatan kulit muka .kulit kepala & rambut.Untuk rawatan kulit wajah,dengan hanya mengoleskan campuran sari air bayam & kunyit ,kulit wajah akan tampak bercahaya.Air bayam juga boleh dijadikan bahan untuk merawat kulit kepala & rambut.Jika disapukan pada bahagian itu secara teratur ,rambut pasti akan sembuh sihat,hitam & lebat.

Disebalik kekuatan bayam yang luar biasa ini,terselit kelemahan yang mana kandungan zat besi di dalamnya boleh bertukar menjadi racun jika kita mengolah bayam pada bekas aluminium atau ia dimasak melebihi 5 jam .Kandungan nitrat yang terlalu banyak di dalam bayam juga boleh memudaratkan kesihatan .Oleh itu,jangan biar bayam terlalu lama di atas api kerana kandungan nutrisi yang ada di dalamnya akan terbuang .