Showing posts with label anti alahan. Show all posts
Showing posts with label anti alahan. Show all posts

Sunday 19 May 2013

Daun kari:Atasi "Morning Sickness"

Kajian ke atas daun kari telah menunjukkan bahawa tumbuhan ini merupakan sumber karbohidrat,protein,asid amino ,alkloid serta zat galian seperti kalsium,fosforus & zat besi.Ia juga mengandungi lemak,serat,serta vitamin A,B & C.

Daun,kulit pokok & akar tumbuhan ini direbus untuk kegunaan sebagai tonik bagi melawaskan fungsi-fungsi di bahagian perut,
menghilangkan rasa senak akibat angin di dalam usus serta bertindak sebagai julap.

Air rebusan kulit pokok daun kari jika diminum akan meninggalkan kesan yang menyejukkan & berkesan untuk menurunkan suhu badan.Ia juga berupaya untuk menghilangkan rasa kebas ,menyembuhkan penyakit buasir serta memulihkan gangguan pengaliran darah.

Campurkan satu sudu kecil jus daun kari dengan jus limau nipis & gula untuk mengatasi rasa loya atau muntah yang sering dialami oleh wanita mengandung pada setiap pagi & juga yang disebabkan ketidakhadaman makanan serta pengambilan lemak yang berlebihan.

Pucuk daun kari yang dicampur dengan madu,berkesan untuk meredakan cirit-birit & juga buasir. Amalan mengambil sepuluh helai daun kari tua pada setiap pagi selama tiga bulan,dikatakan boleh menghalang diabetes yang diwarisi secara keturunan.

Amalan mengambil daun kari juga mampu menghalang uban.Ia juga boleh dimasak dengan minyak kelapa sehingga garing untuk tujuan melebat serta menguatkan rambut.Daun kari juga boleh ditumbuk atau diramas & disapu ke bahagian yang berkenaan untuk menghilangkan bengkak,
kesan-kesan lebam & juga luka.Buah pokok daun kari boleh dimakan.Manakala jus daun kari yang dicampur dengan jus limau nipis dapat meredakan kesakitan akibat sengatan atau gigitan serangga yang berbisa.

selanjutnya:http://khazanahalamkita.blogspot.com/2011/11/kandungan-daun-kari.html
                  :buku tumbuhan herba sumber perubatan tradisional

Friday 22 February 2013



  • Lo Han Guo berfungsi untuk meredakan  batuk atau sakit kerongkong . Daunnya digunakan mengubati penyakit kulit, akarnya untuk penyakit cacar, kulitnya diguna merawat luka tersayat pisau atau benda tajam lain.  
  • Buah luo han guo dapat digunakan untuk mengubati penyakit diabetes mellitus, hipertensi, asma,  radang kulit, menurunkan berat, mencegah flek, anti-penuaan , jerawat, mencegah rambut gugur, , alergi, mengurangi gejala penyakit menjelang menopause, kelainan pada uterus, melancarkan buang air. 
  • Selain itu, buah ini baik untuk organ hati dan pankreas, memulihkan tekanan darah dan kencing manis.
  • Buah luo han guo mengandung vitamin A, B, C, D, E, betakaroten, serta fosfor, zat besi, kalsium, natrium, kalium, magnesium, dan zinc. 
  • Buah ini juga mampu membuat penglihatan lebih jelas, menghilangkan bau badan, serta rasa dingin pada kaki dan tangan, melembutkan daging atau tulang yang keras, dan membuat masakan menjadi lazat 
info menarik:http://cantikdansehat.blogspot.com/2008/01/manfaat-lo-han-kuo.html

Saturday 30 June 2012

Keajaiban Misai Kucing




Dikatakan pokok ini mempunyai ciri2 anti alahan, mengurangan tekanan darah, antiperadangan dan melawaskan air kencing.Ia juga boleh mengubati sakit buah pinggang yg belum sampai peringkat serius.Jika digunakan sebagai ubat batu karang resipinya adalah segenggam daun misai kucing,7 pokok dukung anak,10 helai daun ngokilo,10 hirisan temulawak dan 4 butir jagung muda. Rebus dgn 4 gelas air hingga mendidih. Minum air rebusan itu untuk satu hari.







info lanjut::
 http://bertanamlah.blogspot.com/2010/03/khasiat-daun-misai-kucing.html?spref=bl