Showing posts with label Merawat Luka. Show all posts
Showing posts with label Merawat Luka. Show all posts

Sunday 19 May 2013

Daun kari:Atasi "Morning Sickness"

Kajian ke atas daun kari telah menunjukkan bahawa tumbuhan ini merupakan sumber karbohidrat,protein,asid amino ,alkloid serta zat galian seperti kalsium,fosforus & zat besi.Ia juga mengandungi lemak,serat,serta vitamin A,B & C.

Daun,kulit pokok & akar tumbuhan ini direbus untuk kegunaan sebagai tonik bagi melawaskan fungsi-fungsi di bahagian perut,
menghilangkan rasa senak akibat angin di dalam usus serta bertindak sebagai julap.

Air rebusan kulit pokok daun kari jika diminum akan meninggalkan kesan yang menyejukkan & berkesan untuk menurunkan suhu badan.Ia juga berupaya untuk menghilangkan rasa kebas ,menyembuhkan penyakit buasir serta memulihkan gangguan pengaliran darah.

Campurkan satu sudu kecil jus daun kari dengan jus limau nipis & gula untuk mengatasi rasa loya atau muntah yang sering dialami oleh wanita mengandung pada setiap pagi & juga yang disebabkan ketidakhadaman makanan serta pengambilan lemak yang berlebihan.

Pucuk daun kari yang dicampur dengan madu,berkesan untuk meredakan cirit-birit & juga buasir. Amalan mengambil sepuluh helai daun kari tua pada setiap pagi selama tiga bulan,dikatakan boleh menghalang diabetes yang diwarisi secara keturunan.

Amalan mengambil daun kari juga mampu menghalang uban.Ia juga boleh dimasak dengan minyak kelapa sehingga garing untuk tujuan melebat serta menguatkan rambut.Daun kari juga boleh ditumbuk atau diramas & disapu ke bahagian yang berkenaan untuk menghilangkan bengkak,
kesan-kesan lebam & juga luka.Buah pokok daun kari boleh dimakan.Manakala jus daun kari yang dicampur dengan jus limau nipis dapat meredakan kesakitan akibat sengatan atau gigitan serangga yang berbisa.

selanjutnya:http://khazanahalamkita.blogspot.com/2011/11/kandungan-daun-kari.html
                  :buku tumbuhan herba sumber perubatan tradisional

Friday 17 May 2013

Murah & Berkhasiat :Sayur Salad

Daun salad mengandungi 93.4% air, 2.1% protein,0.3% lemak, 1.2% galian,0.5% serabut & 2.5% karbohidrat. Salad juga boleh mencapai ketinggian dari 30-100sm. bagi salad yang berwarna putih atau sedikit hijau,ia mempunyai kandungan besi,kalsium,beta karotena ,vitamin B1, B2 & vitamin C. Salad banyak digunakan sebagai sayur.Ia dimakan mentah ,digoreng,dicelur & dicampurkan ke dalam lauk yang lain.Dari segi perubatan ,salad juga mengandungi kelebihannya tersendiri.

Selain dimakan mentah,salad boleh direbus untuk dijadikan tonik atau penawar untuk mengeluarkan angin didalam perut & usus.Dengan memakan salad ,anda juga dapat mengurangkan rasa kehausan.Salad amat bagus terutamanya kepada otak,sistem saraf & paru-paru. Jus salad mentah jika diminum,boleh menyejuk & menyegarkan badan. Kandungan magnesium yang tinggi di dalam jus tersebut mempunyai kuasa istimewa untuk memberi tenaga kepada tisu otot,saraf & otak. Apabila membuat jus dari salad adalah lebih baik anda gunakan daun berwarna  hijau tua.Daun putih di bahagian dalam,perlu dipisahkan kerana ia kurang klorofil & kurang kandungan khasiat.

Bagi penyakit sembelit,pilihlah salad sebagai penawar.Ini kerana salad dapat melawaskan proses pembuangan air besar. Anda boleh memakan salad untuk mengubati penyakit diabetes kerana ia kurang mengandungi karbohidrat. Oleh itu,anda bebas memakan sayur yang mengandungi kandungan karbohidrat yang kurang dari 3%.

Kandungan besi di dalam salad juga dapat membekalkan bahan ini terutamanya kepada mereka yang menghidap anemia. Zat besi dari sayur ini dapat diserap dengan mudah oleh tubuh badan jika dibandingkan dengan zat besi yang diperolehi daripada bahan bukan organik yang lain.

Memakan salad mentah ketika mengandung & menyusukan bayi adalah amat berkhasiat kepada wanita. Ini kerana salad mengandungi asid folik yang dapat menghalang anemia ketika mengandung.Selain Itu ,Ia juga dapat merangsang penghasilan susu badan. Minyak daripada biji salad pula dapat mengatasi masalah hati ,melawaskan pembuangan air kecil,merawat sakit pinggang ,bisul,luka & buasir.

rujukan.: http://zieramokhtar.blogspot.com/2010/12/khasiat-sayur-sayuran.html,
              :buku Tumbuhan Herba sumber perubatan tradisional.
             

Tuesday 14 May 2013

Segalanya dengan Lidah Buaya(Aloe Vera)

Daun Lidah Buaya panjang.runcing,& tajam dihujungnya.Daunnya tebal kerana di dalamnya mempunyai cecair atau lendir seperti jeli yang berkhasiat & berguna.Tepi daunnya bergerigi & berduri kecil serta pendek.

Keseluruhan daun ,akar & bunga lidah buaya yang segar adalah baik untuk kesihatan.Cecair & lendir yang berada di dalam daunnya dipercayai boleh menyuburkan rambut yang mana ia dilumurkan pada rambut & kemudian dibalut dengan tuala basah.Lakukan selama dua bulan berturut-turut sewaktu hendak tidur.

Lidah Buaya turut berkesan untuk menghilangkan panau dengan cara potong bahagian hujung daun untuk mengeluarkan lendir & sapukannya pada bahagian muka ynag berpanau.Biarkan ia kering seketika ,& bersihkan dengan air bersih,Lakukan 2x sehari sehingga bekas panau hilang.

Bagi wanita hamil,ditegah untuk mengambil jus Aloe Vera kerana ia boleh mengganggu kesihatan pada kandungan.

Kegunaan Lidah Buaya yang selanjutnya:

  1. Lendir Lidah Buaya dapat melentikkan bulu mata jika disapu ke atasnya.
  2. Lendir Lidah Buaya dapat melembab & melicinkan kulit muka serta mampu mematikan pigmen hitam sekiranya disapu pada kulit muka disamping melindunginya dari pancaran ultraviolet.
  3. Lendir lidah Buaya mampu mempercepatkan process penggantian sel,mengelakkan jangkitan,merawat kudis ,gatal -gatal & menghilangkan parut.
  4. Sapukan lendir lidah buaya bersama garam di sekeliling bisul untuk meredakannya,
  5. Jus Aloe Vera juga mampu mengawal tekanan darah tinggi ,kencing manis ,masalah jantung ,luka dalam badan ,buasir ,sembelit ,sakit sendi,ulser & masalah ginjal.

Friday 22 February 2013

Keunikan Daun Sirih



PETUA WANITA

Petua menegangkan payudara
  Untuk menegangkan lagi payudara, layurkan daun sirih yang telah disapu dengan minyak zaitun di atas api yang sederhana atau menggunakan lilin. Apabila daun telah terasa suam atau agak layu, tekapkan daun sirih tersebut pada payudara anda dan biarkan seketika. Lakukan dua atau tiga kali seminggu. Payudara yang kendur kembali tegang selepas anda mengamalkan petua ini.
Petua untuk keputihan
 Mandi dan basuh bahagian intim anda dengan air rebusan sirih selama tujuh hari untuk menghilangkan rasa gatal, membersihkan vagina, dan menghilangkan keputihan. Amalan memakan sirih setiap hari juga boleh menghilangkan masalah keputihan.
Petua mengurangkan air pada bahagian intim
Ambil pucuk dan buah manjakani, hati pinang muda, ditumbuk lumat-lumat, dan gaulkan dengan minyak bijan. Kemudian kukuskan. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam, ia dipercayai dapat mengurangkan air pada bahagian intim. Nescaya lebih nikmat malam anda.
Petua untuk masalah haid
Masalah haid yang tidak teratur, aliran haid yang banyak, dan lain-lain merupakan masalah haid yang dialami oleh wanita. Masalah haid ini boleh membantutkan kehidupan seharian sesetengan wanita. Bagi wanita yang bakal melangsungkan perkahwinan dan mempunyai masalah haid, amalkan minum air teh dengan dicampurkan sedikit kapur sirih. Amalkan dua hingga tiga hari dalam seminggu. InsyaAllah masalah haid akan berkurangan.
Petua mengatasi ketiak hitam
 Air kapur sirih dan limau nipis dicampurkan serta digosokkan pada ketiak selepas mandi. Amalkan selama tujuh hari dan ketiak akan menjadi cerah serta kurang berbau.
Petua mengatasi perut buncit
Rendamkan kapur sirih ke dalam air yang telah dimasak dan kacau sehingga sebati. Ambil mendapan air tersebut dan campurkannya dengan air perahan sebiji limau nipis. Amalkan minum waktu pagi selepas bangun dari tidur selama dua minggu berturut-turut. Perut yang buncit akan kembali nipis.

PETUA LELAKI

Petua nikmat kepada isteri.
Bagi kaum lelaki yang ingin kelihatan bertenaga pada malam pertama anda, cuba amalkan petua ini. Ambil terung perak, bunga lawang, kulit kayu manis, kulit delima, air bawang merah, halia padi, lada sulah tujuh biji, sireh bertemu urat, dan minyak bijan. Kemudian, tumbuk sehingga lumat dan simpan di dalam bekas yang bertutup. Apabila hendak bersetubuh, sapukan pada bahagian intim anda, maka isteri akan nikmat. Mungkin ia adalah malam yang tidak akan anda lupakan.
Petua menguatkan alat kelamin
Masukkan kunyit, kapur sireh, opium sebesar kacang hijau, dan pati santan kelapa ke dalam mangkuk dan gaulkan sebati. Minum sebelum anda bersetubuh. Bahagian intim lelaki akan bertambah kuat dan memperbanyakkan air mani. Jadikannya sebagai amalan supaya anda dan isteri mencapai kepuasan yang diinginkan.

info lanjut:http://bakalpengantin.com/petua-panduan/petua-perkahwinan/petua-penting-untuk-bakal-pengantin-baru/

Saturday 16 June 2012

Kelebihan Menggunakan Inai



 Inai membantu mengekalkan kulit yang lembut dan bersih. Oleh itu penggunaan bahan kimia harus dielakkan. Ciri2 perubatan inai:
- boleh melarut
- sejuk dan kering.
Di antara kelebihannya termasuklah rawatan kebakaran, bengkak bernanah, masalah pigmentasi dan pelbagai masalah anggota badan yang lain. Merawat luka menggunakan inai mempunyai kesan yang sama seperti perubatan moden. Kegunaan inai:-

1. Merawat kebakaran di peringkat awal menggunakan inai serbuk.
Kelebihannya:
-Mengurangkan kesakitan
- Mengurangkan kehilangan bendalir
- Mengurangkan jangkitan/infeksi

2. Merawat luka yang parah serta memeliharanya daripada bakteria menggunakan campuran inai serbuk dengan air biasa.

3. Menghentikan pendarahan menggunakan inai serbuk seperti pendarahan hidung.

4. Membasmi virus pada kulit yang melecuh menggunakan inai serbuk dengan air mendidih.

5. Memelihara kaki pesakit kencing manis menggunakan campuran

4 paket inai serbuk bersama 2 botol minyak zaitun. Ratakan pada bahagian kaki yang terlibat, biarkan seharian, dan amalkan selama sebulan. Kelebihannya:

- Menyembuh rekahan dan retakan pada kaki serta mengurangkan infeksi
- Mencantikkan kulit kaki
- Melambatkan kesan pada saraf

6. Merawat bengkak bernanah, kudis buta, gatal2 dan kurap menggunakan inai serbuk dengan air mendidih.

7. Merawat kanak2 yang menghidap demam campak/cacar air menggunakan ½ paket inai serbuk dengan 2 cawan air mendidih selama 4 hari.

8. Menghapuskan masalah kaki menggunakan campuran serbuk inai dengan minyak zaitun selama 5 hari.

9. Membetulkan pusingan haid / darah penyakit menggunakan inai serbuk dengan minyak zaitun dan diletakkan di tapak tangan semalaman selama seminggu.

10. Memulihkan kecacatan kuku akibat jangkitan kuman menggunakan campuran 2 sudu besar inai serbuk dengan 4 oz cuka.

11. Menyembuhkan penghidap demam kuning dan kusta menggunakan campuran 4 paket inai serbuk
dalam tub mandi dengan air mendidih dan dibiarkan sehingga suam. Berendamlah selama 10 minit dan amalkan setiap hari selama 2 minggu.

12. Menginaikan rambut menggunakan campuran ½ paket inai serbuk dengan 2 cawan air mendidih. Ratakan pada rambut, bungkus rambut dengan plastik ("shower cap" dan biarkan selama 3 jam atau lebih. Kelebihannya:
- Menguatkan akar rambut
- Memberi kilauan pada rambut
- Menghilangkan kelemumur
- Melembut dan memelihara rambut
- Memberikan ketenangan kepada pesakit jantung
- Menghilangkan ketegangan, kerisauan, keletihan dan kesukaran untuk tidur

13. Kelebihan menginaikan muka/anggota badan lain dengan campuran 2 sudu besar inai serbuk dengan 3 sudu besar air mendidih. Ratakan pada muka/anggota lain, biarkan selama ½ jam atau sehingga kering dan cuci dengan air. Ulangi setiap hari.
Kelebihannya:
- Melindungi kulit dari cahaya matahari
- Memberi warna pada kulit seperti sopak, panau dll (amalkan selama 2 minggu)
- Merawat jerawat dan jeragat (amalkan selama seminggu)
- Mengekalkan kulit yang lembut dan bersih


 sambung baca : http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=18168