Showing posts with label Keracunan.. Show all posts
Showing posts with label Keracunan.. Show all posts

Sunday 1 July 2012

Khasiat Buah Kelapa

Air kelapa: la amat mujarab untuk mengubati pelbagai penyakit dan melegakan kesan-kesan mabuk akibat keracunan makanan seperti cendawan, udang, ketam dan jering.

Tanda-tanda seperti muntah, pening, cirit-birit, sakit perut, badan lemah dan gatal-gatal atau ditumbuhi bintik-bintik merah kerap berlaku akibat keracunan makanan. Kaedah paling mujarab untuk mengubati kesan-kesan mabuk itu ialah dengan meminum segelas air kelapa muda. Untuk keracunan cendawan, air kelapa muda hendaklah dicampur dengan satu sudu makan madu asli.

Air kelapa juga berkesan untuk mengubati demam campak, demam kuning dan demam panas. Bagaimanapun, untuk demam panas, ia hendaklah dicampur dengan jus limau nipis. Air kelapa boleh menghitamkan rambut yang perang. Rambut disiram dengan air kelapa muda kemudian dibungkus dengan tuala.  Biarkan untuk setengah jam sebelum dibilas dengan air bersih.

Penggunaan air kelapa muda sebagai bahan awet muda berkesan untuk menyegarkan kulit muka yang kering, memelihara kesegaran kulit muka serta menghilangkan parut dan kesan jerawat. Muka dicuci dengan air kelapa kemudian dibiarkan kering dengan sendirinya sebelum dibilas dengan air bersih.

Santan: Ia baik untuk menjaga kesihatan rambut. Santan melebat, menghitam, melembut dan menyegarkan rambut yang kering.  Pati santan yang diperah daripada kelapa tua dilumur pada rambut dan kulit kepala. Rambut kemudiannya dibungkus dengan tuala dan dibiarkan selama sejam sebelum dicuci dengan syampu.

Kaedah yang sama juga berkesan untuk meluruskan rambut  yang keriting tetapi pati santan hendaklah dicampur dengan jus lmau nipis kemudian dimasukkan ke dalam peti sejuk hingga permukaannya berkepala seperti krim. Krim itulah yang dilumurkan ke rambut.

Untuk mengelakkan rambut beruban, santan pekat yang diperah daripada kelapa tua dididih hingga keluar minyak.  Campur dengan sedikit halba.  Kemudian sapu ke rambut dan kulit kepala.

Minyak kelapa: la disapu ke ketiak untuk mengelakkan ketiak daripada berbau busuk. Bagi mengatasi masalah leher dimakan air vang kerap berlaku di kalangan bayi, sapukan minyak kelapa di bahagian tersebut atau mana-mana bahagian lipatan yang dimakan air sebelum disapu bedak.
Luka akibat terkena pisau juga boleh diubati dengan menggunakan minyak kelapa.  Ambil dua ulas bawang merah, tumbuk hingga halus kemudian campur dengan minyak kelapa sebelurn dipanaskan di atas api.  Tampal pada luka dan balut dengan kain.

Isi kelapa: Kelapa diparut kemudian disapu ke bahagian yang tersiram minyak panas bagi meredakan kesakitan. la juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah kulit kepala berkeruping. Isi kelapa dibakar hangus kemudian ditumbuk hingga halus.  Campur dengan sedikit minyak masak kemudian sapu ke bahagian yang berkeruping.

Mumbang atau putik kelapa: la digunakan bagi meredakan masalah berhingus di kalangan bayi.  Kunyah bahagian lembut kemudian tampal ke ubun-ubun bayi.  Bisa tulang juga boleh diubati dengan menggunakan mumbang. la ditumbuk halus kemudian ditampal ke bahagian yang sakit. Amalkan tiga kali sehari.

Info Lanjut: http://www.angelfire.com/ar2/aqifhaikal/kelapa.htm