Showing posts with label Elak Ketiak berbau. Show all posts
Showing posts with label Elak Ketiak berbau. Show all posts

Friday 22 February 2013

Keunikan Daun Sirih



PETUA WANITA

Petua menegangkan payudara
  Untuk menegangkan lagi payudara, layurkan daun sirih yang telah disapu dengan minyak zaitun di atas api yang sederhana atau menggunakan lilin. Apabila daun telah terasa suam atau agak layu, tekapkan daun sirih tersebut pada payudara anda dan biarkan seketika. Lakukan dua atau tiga kali seminggu. Payudara yang kendur kembali tegang selepas anda mengamalkan petua ini.
Petua untuk keputihan
 Mandi dan basuh bahagian intim anda dengan air rebusan sirih selama tujuh hari untuk menghilangkan rasa gatal, membersihkan vagina, dan menghilangkan keputihan. Amalan memakan sirih setiap hari juga boleh menghilangkan masalah keputihan.
Petua mengurangkan air pada bahagian intim
Ambil pucuk dan buah manjakani, hati pinang muda, ditumbuk lumat-lumat, dan gaulkan dengan minyak bijan. Kemudian kukuskan. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam, ia dipercayai dapat mengurangkan air pada bahagian intim. Nescaya lebih nikmat malam anda.
Petua untuk masalah haid
Masalah haid yang tidak teratur, aliran haid yang banyak, dan lain-lain merupakan masalah haid yang dialami oleh wanita. Masalah haid ini boleh membantutkan kehidupan seharian sesetengan wanita. Bagi wanita yang bakal melangsungkan perkahwinan dan mempunyai masalah haid, amalkan minum air teh dengan dicampurkan sedikit kapur sirih. Amalkan dua hingga tiga hari dalam seminggu. InsyaAllah masalah haid akan berkurangan.
Petua mengatasi ketiak hitam
 Air kapur sirih dan limau nipis dicampurkan serta digosokkan pada ketiak selepas mandi. Amalkan selama tujuh hari dan ketiak akan menjadi cerah serta kurang berbau.
Petua mengatasi perut buncit
Rendamkan kapur sirih ke dalam air yang telah dimasak dan kacau sehingga sebati. Ambil mendapan air tersebut dan campurkannya dengan air perahan sebiji limau nipis. Amalkan minum waktu pagi selepas bangun dari tidur selama dua minggu berturut-turut. Perut yang buncit akan kembali nipis.

PETUA LELAKI

Petua nikmat kepada isteri.
Bagi kaum lelaki yang ingin kelihatan bertenaga pada malam pertama anda, cuba amalkan petua ini. Ambil terung perak, bunga lawang, kulit kayu manis, kulit delima, air bawang merah, halia padi, lada sulah tujuh biji, sireh bertemu urat, dan minyak bijan. Kemudian, tumbuk sehingga lumat dan simpan di dalam bekas yang bertutup. Apabila hendak bersetubuh, sapukan pada bahagian intim anda, maka isteri akan nikmat. Mungkin ia adalah malam yang tidak akan anda lupakan.
Petua menguatkan alat kelamin
Masukkan kunyit, kapur sireh, opium sebesar kacang hijau, dan pati santan kelapa ke dalam mangkuk dan gaulkan sebati. Minum sebelum anda bersetubuh. Bahagian intim lelaki akan bertambah kuat dan memperbanyakkan air mani. Jadikannya sebagai amalan supaya anda dan isteri mencapai kepuasan yang diinginkan.

info lanjut:http://bakalpengantin.com/petua-panduan/petua-perkahwinan/petua-penting-untuk-bakal-pengantin-baru/

Sunday 1 July 2012

Khasiat Buah Kelapa

Air kelapa: la amat mujarab untuk mengubati pelbagai penyakit dan melegakan kesan-kesan mabuk akibat keracunan makanan seperti cendawan, udang, ketam dan jering.

Tanda-tanda seperti muntah, pening, cirit-birit, sakit perut, badan lemah dan gatal-gatal atau ditumbuhi bintik-bintik merah kerap berlaku akibat keracunan makanan. Kaedah paling mujarab untuk mengubati kesan-kesan mabuk itu ialah dengan meminum segelas air kelapa muda. Untuk keracunan cendawan, air kelapa muda hendaklah dicampur dengan satu sudu makan madu asli.

Air kelapa juga berkesan untuk mengubati demam campak, demam kuning dan demam panas. Bagaimanapun, untuk demam panas, ia hendaklah dicampur dengan jus limau nipis. Air kelapa boleh menghitamkan rambut yang perang. Rambut disiram dengan air kelapa muda kemudian dibungkus dengan tuala.  Biarkan untuk setengah jam sebelum dibilas dengan air bersih.

Penggunaan air kelapa muda sebagai bahan awet muda berkesan untuk menyegarkan kulit muka yang kering, memelihara kesegaran kulit muka serta menghilangkan parut dan kesan jerawat. Muka dicuci dengan air kelapa kemudian dibiarkan kering dengan sendirinya sebelum dibilas dengan air bersih.

Santan: Ia baik untuk menjaga kesihatan rambut. Santan melebat, menghitam, melembut dan menyegarkan rambut yang kering.  Pati santan yang diperah daripada kelapa tua dilumur pada rambut dan kulit kepala. Rambut kemudiannya dibungkus dengan tuala dan dibiarkan selama sejam sebelum dicuci dengan syampu.

Kaedah yang sama juga berkesan untuk meluruskan rambut  yang keriting tetapi pati santan hendaklah dicampur dengan jus lmau nipis kemudian dimasukkan ke dalam peti sejuk hingga permukaannya berkepala seperti krim. Krim itulah yang dilumurkan ke rambut.

Untuk mengelakkan rambut beruban, santan pekat yang diperah daripada kelapa tua dididih hingga keluar minyak.  Campur dengan sedikit halba.  Kemudian sapu ke rambut dan kulit kepala.

Minyak kelapa: la disapu ke ketiak untuk mengelakkan ketiak daripada berbau busuk. Bagi mengatasi masalah leher dimakan air vang kerap berlaku di kalangan bayi, sapukan minyak kelapa di bahagian tersebut atau mana-mana bahagian lipatan yang dimakan air sebelum disapu bedak.
Luka akibat terkena pisau juga boleh diubati dengan menggunakan minyak kelapa.  Ambil dua ulas bawang merah, tumbuk hingga halus kemudian campur dengan minyak kelapa sebelurn dipanaskan di atas api.  Tampal pada luka dan balut dengan kain.

Isi kelapa: Kelapa diparut kemudian disapu ke bahagian yang tersiram minyak panas bagi meredakan kesakitan. la juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah kulit kepala berkeruping. Isi kelapa dibakar hangus kemudian ditumbuk hingga halus.  Campur dengan sedikit minyak masak kemudian sapu ke bahagian yang berkeruping.

Mumbang atau putik kelapa: la digunakan bagi meredakan masalah berhingus di kalangan bayi.  Kunyah bahagian lembut kemudian tampal ke ubun-ubun bayi.  Bisa tulang juga boleh diubati dengan menggunakan mumbang. la ditumbuk halus kemudian ditampal ke bahagian yang sakit. Amalkan tiga kali sehari.

Info Lanjut: http://www.angelfire.com/ar2/aqifhaikal/kelapa.htm