Showing posts with label Anti-oksida. Show all posts
Showing posts with label Anti-oksida. Show all posts

Friday 29 March 2013

Kolagen Asli : Rumpai Laut



KADUNGAN RUMPAI LAUT

Sumber nutrisi yang sangat hebat untuk kesihatan dalaman dan kulit. Sesuai diamalkan lelaki dan wanita untuk semua peringkat usia.

KOLAGEN - 10 kali ganda lebih tinggi daripada sirip ikan yu dan 24% kolagen ini bersamaan denggan 2 keping sarang burung layang-layang.

KALSIUM - 37 kali ganda lebih tinggi daripada hati ikan.

ANTIOKSIDA - 550 kali lebih kuat dari vitamin C.

VITAMIN A - 40 kali lebih hebat dari Beta Carotine atau 638 kali lebih hebat dari daging lembu.

PROTEIN - 21 kali lebih banyak dari susu.

OMEGA 3 DAN OMEGA 6 - 2326 kali lebih banyak dari ikan

KESAN PENGAMBILAN KOLAGEN ASLI:

  1. -Melaraskan berat badan dan menstabilkan hormon
  2. -Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan
  3. -Memejalkan payudara, otot dan punggung
  4. -Menyihatkan rambut dan kuku
  5. -Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kalenjar tiroid
  6. -Mengurangi penuaan pramatang seperti kedutan dan kulit kendur
  7. -Mengurangi selulit
  8. -Memberi tenaga
  9. -Melancarkan peredaran darah, mengurangi sakit bahu dan belakang
  10. -Menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis
  11. -Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot
  12. -Merawat penyakit gout
  13. -Mencegah kanser/tumor
  14. -Menurunkan tekanan darah tinggi
  15. -Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan, merawat gastrik
  16. -Anti bakteria/kulat
  17. -Merawat anemia
  18. -Menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh
  19. -Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)
  20. -Melicin, menegang, dan menghaluskan kulit
  21. -Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut
  22. -Merangsang penghasilan sel2 baru kulit, menyembuhkan luka
  23. -Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
  24. -Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas
  25. -Menberikan rasa kekenyangan (diet)
  26. -Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit/buasir)

Pengambilan kolagen mentah ini secara teratur dan berterusan memberi impak yang sangat positif, menjadikan kulit keseluruhan badan licin, halus, lembut dan cerah. Pori2 kulit wajah mengecil dan tampak segar bermaya. Kolagen ini juga boleh dibuat masker. Bagi ibu hamil, pengambilan kolagen membuatkan kulit bayi yang dilahirkan cantik, sihat dan cerah.

Info Menarik:Penyediaan Agar-agar Rumpai laut

Saturday 30 June 2012

Mukjizat Kurma Ajwa

ADAKAH berat badan anda berkurang atau makin bertambah menjelang Aidilfitri? Kedua-dua keadaan ini boleh berlaku disebabkan tabiat pemakanan sepanjang Ramadan. Namun lebih ramai yang cenderung menambah berat badan gara-gara membeli makanan tidak menilai keperluan tetapi lebih kepada selera.

Amalan pemakanan Rasulullah SAW iaitu dengan mengambil kurma dan madu sepatutnya menjadi contoh.

Menurut Pengarah Eksekutif pengedar utama kurma Ajwa dan madu Sidr asli, Rasa Resources Sdn. Bhd., Abdullah Abdul Jalil, kurma adalah makanan organik sempurna kerana ia sejenis buah yang mengandungi pelbagai mineral dan vitamin, kaya dengan antioksidan seperti beta-karotena, lutein dan zeaxanthin.

''Antioksidan mempunyai keupayaan untuk membantu melindungi sel dan struktur lain dalam tubuh agar bebas daripada radikal oksigen dan mencegah penyakit seperti kanser kolon, prostat, payu dara, endometrium, paru-paru dan pankreas," ujarnya.

Kurma Ajwa mempunyai fadilat seperti menguatkan urat perut, mengendurkan urat saraf dan melembutkan perangai.

Ajwa sejenis kurma lembut dan kering yang ditanam di kota Madinah. Dalam sejarah ada menyebut, kurma Ajwa yang pertama ditanam oleh Rasulullah SAW di tanah berhampiran Masjid Quba, Madinah.

DisembuhkanMenurut Abdullah, madu Sidr pula paling jarang ditemui dan mempunyai nilai yang tinggi. 
"Ia memang sentiasa dicari oleh pencinta madu kerana rasanya yang unik di samping banyak faedah kesihatan," katanya.

Tambah Abdullah, madu ini daripada lebah yang hanya memakan bunga daripada pokok Sidr yang berasal dari Hadramaut, Yemen.

Ia cecair pekat yang telah menjadi sebahagian daripada perubatan tradisional bangsa Arab, Syria, Cina, Greek dan Rom kuno untuk merawat luka dan penyakit usus.

Tokoh perubatan Islam, Ibnu Sina turut menyenaraikan insomnia sebagai antara penyakit yang boleh disembuhkan melalui pengambilan madu .

Biarpun tidak terbukti secara saintifik bahawa madu dapat menyembuhkan insomnia, terdapat enam jurnal perubatan yang menggambarkan madu sebagai sumber yang mempunyai unsur antibiotik.

Dalam pada itu, Rasa Resources turut menerima tempahan hamper atau cenderahati kurma Ajwa dan madu Sidr sempena Ramadan dan hari raya yang akan tiba tidak lama lagi.


info selanjutnya: www.rasaquest.com