Sunday 19 May 2013

Rawatan Luka Akibat Terbakar:Terung

Kesemua bahagian terung termasuk pokoknya,digunakan di dalam perubatan herba.Sesuai dengan sifatnya yang menyejukkan,buah terung menghasilkan beberapa kesan antipyretic,yang dikatakan boleh mengurangkan demam.Dengan memakan terung ,ia boleh meredakan tahap kolestrol darah &sesuai sebagai diet untuk menolong mengawal tekanan darah tinggi. Ia juga akan mengaktifkan peredaran darah & menyejukkan darah.

Buah terung juga boleh dikisar & kemudiannya diminum terutamanya bagi mereka yang tidak lawas semasa membuang air kencing. Ia juga bertindak sebagai julap kerana kandungan seratnya yang tinggi, Selain itu,buah terung adalah anti buasir di mana abu terung yang masih panas lagi(selepas buah terung dibakar ) hendaklah disapu pada dubur. Manakala bagi merawat seseorang yang termakan cendawan beracun,abu terung itu hendaklah disapu pada perut sebanyak 2-3 kali sehari.

Terung juga adalah baik untuk diamalkan oleh wanita mengandung kerana ia membekalkan folate iaitu sejenis vitamin yang menjaga kesihatan janin didalam kandungan. Selain itu,buah terung juga boleh digunakan sebagai ramuan untuk memelihara kejernihan kulit muka.Caranya ialah terung yang telah dikisar,hendaklah disapu ke kulit muka untuk menghilangkan jeragat.

Selain buahnya yang boleh dijadikan sebagai ubat,daunnya juga mempunyai nilai yang tersendiri di dalam perubatan. Air rebusan daun terung boleh diminum untuk menyembuhkan luka & pendarahan dalaman. Daunnya pula boleh dijadikan sebagai penyejuk kepada luka akibat terbakar.Bagi yang mengalami penyakit diabetes,asma,kolera & sakit atau sukar untuk membuang air kecil,bolehlah meminum air rebusan daun terung ini.

Akar pokok terung yang telah ditumbuk lumat,dimasukkan ke dalam lubang hidung untuk menghentikan pendarahan. Bagi masalah sakit gigi,air perahan akar terung boleh disapu pada gigi yang sakit


Selanjutnya:buku tumbuhan herba sumber perubatan tradisional.

No comments:

Post a Comment