Sunday 19 May 2013

Basmi Hama Tanaman & Kesihatan: Kucai

Sebagaimana tumbuhan herba yang lain,kucai juga kaya dengan pelbagai jenis nutrien & zat pemakanan.Selain menambahkan cita rasa dalam hidangan,ia juga berfungsi untuk menurunkan tekanan darah & meransang nafsu makan.

Daun kucai sangat baik untuk memelihara & menjaga kesihatan buah pinggang. Buah pinggang sebagai organ perkumuhan & ia sangat penting di dalam tubuh kita. Ia dapat mengawal perimbangan kandungan garam & air di dalam badan. Tumbuhan herba ini juga dikatakan dapat mengurangkan masalah keletihan & kelesuan.

Di negara Thailand,biji kucai digunakan sebagai salah satu ubat tradisional untuk merawat sakit gigi. Bagi wanita yang baru melahirkan anak & menghadapi masalah kekurangan susu badan,adalah disyorkan untuk memakan kucai bersama ikan bilis. Gabungan 2 bahan ini dipercayai dapat merangsang pengeluaran air susu.

Selain daripada itu,ada di kalangan petani-petani yang menggunakan kucai sebagai bahan untuk menentang serangga perosak sayuran. Caranya adalah dengan menyeduh daun kucai & kemudiannya didinginkan. Setelah ia disaring,air saringan ini  mampu untuk membasmi hama yang kebiasaannya menyerang tanaman mentimun.

rujukan: http://farahfarzanaroslan.blogspot.com/2012/05/khasiat-buah-buahan-sayur-sayuran.html

No comments:

Post a Comment